in

“Bertahun aku tunggu performance ni, kau lupa on-kan mic??” – Peminat Tak Puas Hati Dengan Stesen TV, Tokti ‘Bisu’ Masa Persembahan Anta Permana

Tokti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai kan yang menonton Anugerah Juara Lagu 34 malam semalam? Seperti yang korang sedia maklum, lagu Sumpah, Naim Daniel telah dinobatkan juara bagi AJL34 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.


Banyak sebenarnya kejutan dan perkara ‘wow’ berlaku di malam anugerah tu, tapi yang paling WOW lah bagi admin ialah apabila Dato’ Sri Siti Nurhaliza membuat kemunculan semula di majlis anugerah tersebut. 

Mungkin tak ramai budak-budak sekarang tau, tapi Tokti ni kiranya legend AJL lah sebab dia pernah menjadi juara AJL berkali-kali sebelum menarik diri daripada menyertai acara ini yang kali terakhir disertainya pada tahun 2008. Wuish lama tu…

 

“BERTAHUN-TAHUN AKU TUNGGU PERFORMANCE NI! KAU BOLEH LUPA ON-KAN MIC TOKTI???” 

Tapi korang faham-faham je lah, dalam satu majlis anugerah mesti ada satu dua kesilapan berlaku yang tak boleh dielakkan pihak produksi.

Tapi kesilapan yang satu ni, haih… bukan admin je rasa sakit hati, peminat-peminat Tokti di seluruh Malaysia semua marah belaka. Persembahan yang sepatutnya jadi duet antara Tokti dan Bob Yusof bagi lagu Anta Permana ni tercemar apabila suara Tokti tidak bergema di dalam stadium tersebut. 

Semua katanya berpunca daripada microphone yang digunakan penyanyi nombor satu negara itu tidak dihidupkan atau ‘on’ semasa persembahan berlangsung. Allah… Rata-rata peminat memang bengang gila dengan apa yang berlaku.

Mic Tak Onn
sumber: twitter

 

“Kalau aku, aku pun balik” 

Lebih menambahkan kekecewaan peminat, Dato’ Sri Siti katanya pulang sebaik selesai persembahannya di AJL. Tokti tak tunggu pun sehingga keputusan diumumkan.

Peminat berspekulasi bahawa penyanyi tersebut terasa hati atau kecewa dengan apa yang berlaku pada malam tersebut.

Cian Tokti
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, pihak TV3 katanya ada memuat naik persembahan Anta Permana Bob dan Tokti di Youtube mereka dengan versi vokal penuh Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Bagi korang yang masih lagi kecewa tu, bolehlah tonton video kat bawah ni.

Peminat Tokti jangan sedih-sedih ye… Apa-apapun bagi admin, persembahan Anta Permana memang da bomb la! 

Baca: “Memang legend” – Tak Boleh Disangkal Lagi, Vokal Tokti Buat Netizen Terdiam

Tppp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.