in

“Bersyukur dapat hantar ke destinasi terakhir” – Suami Nadia Kesuma Titip Doa Atas Pemergian Isteri

5nadia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suami kepada pelakon Allahyarham Nadia Kesuma, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah memaklumkan bahawa isterinya telah kembali ke rahmatullah dalam suasana penuh ketenangan di bumi para anbia. Berita pemergian itu dikongsikan menerusi satu hantaran duka yang menyentuh perasaan ramai.

Menurut beliau, Allahyarham Nadia atau nama penuhnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim menghembuskan nafas terakhir di Jeddah pada pagi Khamis. Pemergian pelakon itu menamatkan penantian penuh kebimbangan ahli keluarga selepas usaha pencarian dijalankan susulan kehilangan Allahyarham ketika berada di luar negara.


Screenshot 2026 01 18 at 7.49.04 AM

Dalam hantaran berkenaan, Muhammad Kamarul menyifatkan isterinya sebagai insan istimewa yang menjadi peneman hidup setia sepanjang perkahwinan mereka. Beliau turut menitipkan doa agar Allah SWT mengurniakan keampunan serta menempatkan arwah dalam kalangan orang beriman.

Dia adalah seorang isteri yang taat, penyayang, ikhlas dan setia”

Muhammad Kamarul redha atas pemergian isterinya dan menyerahkan sepenuh kepercayaan bahawa ganjaran syurga menanti arwah sebagaimana dijanjikan Allah kepada hamba-Nya yang taat.

Beliau turut meluahkan kesyukuran kerana diberi kesempatan menguruskan urusan akhir Allahyarham walaupun dalam keadaan yang amat memilukan. “Saya bersyukur kerana dapat menghantar awak ke destinasi terakhirmu,” coretnya dalam hantaran yang sarat dengan rasa cinta dan kerinduan.

Screenshot 2026 01 18 at 7.48.52 AM

Terdahulu, Allahyarham Nadia Kesuma dilaporkan hilang selepas tiba di Lapangan Terbang Jeddah ketika dalam perjalanan bagi menunaikan umrah ziarah sebelum merancang untuk ke London dan Paris, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli keluarga serta peminat. Pemergiannya kini meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga, rakan terdekat dan dunia seni tanah air.

Sumber: Sinar Plus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.