in

“Bersumpah dengan nama Allah atau lebih baik diam” – Caprice Sumpah Atas Nama Ibu Bapa, PU Syed Beri Teguran

Collage 51

Sejak Caprice memulakan misinya untuk ke Gaza tak lama dahulu, namanya sering meniti di bibir netizen gara-gara kontroversi yang dicetuskan ketika itu.

Baru-baru ini, pendakwah bebas PU Syed ada memuat naik satu kenyataan sumpah yang dibuat oleh Caprice atas nama ibu bapanya di Instagram rasminya.

Tegur PU Syed, sekiranya seseorang itu ingin bersumpah, mereka perlu membuat lafaz sumpah dengan menggunakan nama Allah dan bukan nama ibu bapa atau orang lain.

Erinsakura 09F8E55D83C8F2A121A14B514De23Abb

Buat saudara Aris bin Ramli aka Caprice, khas dan semua amnya, Sumpah hendaklah hanya dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT atau salah satu sifat-Nya.”

Bersama teguran ini, PU Syed turut menyelitkan sebuah hadis mengenai perkara ini:

Sesiapa yang ingin bersumpah, maka hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, atau lebih baik diam.” – Riwayat Imam al-Bukhari (3836) dan Imam Muslim (1646).

Selain itu, PU Syed turut menasihatkan Caprice yang penyanyi rap ini tak perlu untuk bersumpah untuk kes pendakwah terkenal yang kini viral di media sosial.

Nasihat ambe, yang perlu bersumpah itu adalah beliau, bukan Caprice. Namun setakat ini belum nampak dia nak bersumpah. Sedangkan di dalam hadis ada menyatakan (bukti bagi yang mendakwa dan bersumpah bagi yang didakwa). Wallahualam.”

Sebelum ini, Caprice telah bersumpah atas nama ibu bapanya yang dia telah mengenali perangai dan sikap sebenar seorang pendakwah terkenal sehingga dia sanggup bersumpah atas nama ibu bapanya.

 

Baca: “Sorry for everything cap” – Netizen Minta Maaf Pada Caprice, Lepas Tular Isu Berkaitan Pendakwah Terkenal

Screenshot 2021 09 27 At 2.26.16 Pm