Beberapa gambar dan video tersebar di internet baru-baru ni menunjukkan seorang lelaki terbaring atas lantai sebuah rumah dalam keadaan berlumuran darah.
Menurut Daily Star, lelaki dikenali sebagai Erick Noe Romero Meraz, 41 merupakan tuan rumah berkenaan dan telah diserang oleh dua haiwan peliharaan dia sendiri.

Erick tinggal kawasan perumahan Rincones de San Marcos, Chihuahua, Mexico dan membela seekor singa putih serta seekor harimau berusia dalam lingkungan 1 tahun di rumahnya. Ketika kejadian malang tu, Erick dikatakan tengah adakan parti dekat banglo mewah dia.
Erick yang tengah dalam keadaan mabuk dikatakan menjerit dekat dua ekor haiwan kesayangannya dia, membuatkan haiwan pemangsa tu marah dan terus menyerangnya.

Tak dinyatakan haiwan mana satu yang serang dia dulu tapi salah seekor dikatakan menjadi terlalu agresif dan menyebabkan Erick alami kecederaan parah.
Disebabkan serangan tu, Erick alami koyakan sepanjang 6 inci di lutut, luka sedalam 6 inci di leher dan luka 10cm pada kaki.

Dia kemudian dibawa ke hospital di Ciudad Juarez, Chihuahua untuk dapatkan rawatan kecemasan. Ketika polis sampai di rumah Erick, keluarganya yakinkan yang dia memang ada permit untuk bela haiwan tu.
Mereka juga kata Erick memang ada dokumen yang sah sebagai kebenaran untuk bela harimau dan singa tu. Bagaimanapun, perkara tu masih dalam siasatan pihak polis.

Orang ramai yang baca news pasal Erick ni rata-rata setuju yang Erick ni ‘bodoh’ sebab bela haiwan macam tu dekat rumah. Seorang netizen komen,
“Dah tiba masanya untuk siasat macam mana dia dapat kebenaran (bela haiwan) dan siapa yang bagi (kebenaran) pada dia.”
Kalau ada kebenaran sekali pun, memang tak lahhh admin nak bela wehhhh! Buatnya tengah tidur dia baham, memang naya.
Baca: Lelaki Panjat Pagar Untuk Mencuri, Tanpa Disedari Tuan Rumah Memiliki Anjing Rottweiler