in

Bermaafan Atas Dasar Persahabatan, Siti Nordiana Tak Jadi Saman 5 Rakan RM2.5 Juta

Nana 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, penyanyi dan pelakon terkenal Siti Nordiana pernah mengemukakan saman fitnah berjumlah RM2.5 juta terhadap lima rakannya namun setelah dua tahun melalui prosedur di mahkamah, kes tersebut berakhir dengan cara baik di Mahkamah Tinggi, hari ini.


Menurut Kosmo!, kes itu tidak dipanjangkan berikutan Siti Nordiana, selaku plaintif dan lima rakannnya bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik antara mereka.

Nana 1
Sumber: mstar

Rekod penghakiman persetujuan

Peguam Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin memaklumkan kepada pihak mahkamah bahawa pihak plaintif dan defendan telah bersetuju untuk menyelesaian kes itu di luar mahkamah dan bersetuju dengan terma-terma penyelesaian.

Setelah plaintif dan defendan telah bersetuju, Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohd Johan telah merekodkan penghakiman persetujuan dan mengosongkan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ini.

Artikel berkaitan: “Kenapa Seremban” – Netizen Terhibur Tengok Dialog Lakonan Alif Satar & Siti Nordiana

Artikel berkaitan: Isu Tarik Rambut Atas Pentas, Diva AA Nak Saman Malu Aliff Syukri RM100 Juta

Selesai atas dasar persahabatan

Dalam pada itu, kedua-dua pihak menyelesaikan salah faham mereka secara baik atas dasar persahabatan. Antara pernyataan permohonan maaf mereka adalah,

Permohonan maaf ini, adalah dibuat berdasarkan perhubungan persahabatan antara kami sebelum ini. Dengan ini kami berharap agar persengketaan dan salah faham yang telah berlaku sebelum ini antara kami terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak akan berulang.

Untuk rekod, lima defendan bagi kes ini adalah rakan Siti Nordiana iaitu penyanyi Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 38 termasuklah penyanyi bernama Syura, 37.

Selain itu, Sam Musyadzafar, 45 merupakan Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music serta jurusolek artis, Razidah Ahmad Senusi, 43.

Dalam perbicaraan sebelum ini juga ada beberapa saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan iaitu pengurus Siti Nordiana sendiri, wartawan hiburan, pengarah syarikat penjenamaan dan peminat penyanyi itu.

Alhamdulillah, selesai kes ni. Moga persahabatan mereka kekal sampai bila-bila!

Sumber: Kosmo!, mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.