in

“Berlaku kekeliruan” – Dakwa Foto 2,000 Pesakit COVID 19 di CAC Stadium Malawati Palsu, KKM Mohon Maaf

Cac Malawati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di media sosial satu gambar yang menunjukkan situasi di Pusat Penilaian COVID 19 (CAC) Stadium Malawati yang padat dengan orang ramai.


Menurut gambar tersebut, kejadian berlaku pada Khamis (8 Julai 2021), yang mana didakwa lebih 2,000 orang yang 100% positif COVID 19 telah hadir di CAC tersebut.

Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan gambar berkenaan palsu.

Malah disertakan juga gambar ‘situasi sebenar’ keadaan di CAC pada hari terbabit.

 

ADUN lampir gambar sebenar

Pun begitu, sebaik posting dimuat naik, netizen mengatakan gambar tersebut sebenarnya tidak palsu kerana mereka berada di tempat kejadian ketika ia berlaku.

ADUN Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze juga melalui Twitter juga telah menegur KKM dengan mengatakan teamnya berada di tempat kejadian dan telah mengambil gambar situasi sebenar di CAC terbabit.

 

“Berlaku sedikit kekeliruan berkenaan situasi sebenar” 

Susulan menerima beberapa respon negatif, KKM telah memadam posting berkenaan dari Twitter dan Facebook. Pihak KKM juga telah memuat naik permohonan maaf serta penjelasan sebenar apa yang berlaku.

“Berlaku sedikit kekeliruan berkenaan situasi sebenar di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Stadium Malawati, Shah Alam yang dimuatnaik, semalam.

“Ketiga-tiga gambar yang dikongsi KKM adalah diambil pada hari yang sama, Khamis, 8 Julai 2021.

“Situasi di sebelah pagi adalah terkawal dan lengang. Namun, situasi mula sesak pada waktu tengahari dengan kehadiran positif COVID-19 untuk penilaian lanjut.

“Sebahagian besar pesakit COVID-19 pada hari berkenaan dari kategori 1 dan 2.

“Sehubungan itu, individu positif dinasihatkan datang pada sebelah pagi bagi mengelak kesesakan kerana proses penilaian juga mengambil sedikit masa.

“Kami memohon maaf atas kekeliruan sehingga menimbulkan salah faham orang ramai terutama petugas-petugas kesihatan di lapangan,” jelasnya.

Harap perkara begini tak berulanglah sebab ramai yang keliru dengan apa yang betul dan apa yang palsu. 

Baca: BERITA PALSU! KKM Nafi Khabar Angin Lelaki Meninggal Dunia Sebab Makan Durian Sehari Selepas Vaksin

Palsu

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.