• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Semasa

‘Mall’ & Pasar Raya Awam Di KL & Selangor Antara Yang Tersenarai Sebagai Lokasi ‘Hotspot’ COVID-19

by Aira Sahira May 8, 2021, 2:50 pm

ShareTweet
Banyak Mall Pasar Raya Awam Di KL Selangor Antara Yang Tersenarai Sebagai Lokasi Hotspot COVID 19 e1620523408494

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota dan pasar raya awam telah disenaraikan dalam Hotspot Identification For Dynamic Engagement (HIDE) sebagai titik panas penularan wabak COVID-19 di negara ini.

yq malaysiacov 16082023 e1620456170481
Gambar hiasan

Menerusi senarai yang dikeluarkan itu, terdapat 151 lokasi di Malaysia yang sudah dikenal pasti sebagai hotspot penularan wabak COVID-19. Zon tengah yang membabitkan Kuala Lumpur dan Selangor merupakan kawasan paling banyak tersenarai.


Anda boleh lihat senarai lokasi hotspot di bawah:

Senarai yang dilakukan bermula hari ini itu membabitkan kawasan di zon tengah iaitu di Kuala Lumpur dan Selangor yang paling banyak tersenarai. pic.twitter.com/tjLCB0feC9

— Berita Harian (@bharianmy) May 8, 2021

Memetik Berita Harian, sebanyak 66 lokasi hotspot telah tersenarai di Kuala Lumpur. Di Selangor pula, 54 lokasi disenaraikan. Kebanyakan lokasi hotspot didapati adalah pusat beli-belah, pasar raya besar, pasar raya awam serta bazar Aidilfitri.

Sementara itu, di zon selatan pula, sembilan kawasan di Johor telah tersenarai dalam senarai ini. Manakala, Melaka dan Negeri Sembilan pula masing-masing mencatatkan satu lokasi hotspot.

Di zon Borneo, tiga kawasan di Sabah telah disenaraikan sebagai hotspot penularan COVID-19. Sarawak pula merekodkan empat kawasan.

Di zon utara, lima kawasan di Pulau Pinang dan tiga kawasan di Perak telah tersenarai dalam HIDE.

Dalam pada itu, hanya negeri Kelantan yang tersenarai di zon timur dalam HIDE dengan tiga kawasan yang dikenalpasti sebagai titik panas penularan wabak COVID-19.

31TR008A1 1 e1620456276894
Gambar hiasan

Memetik Sinar Harian, HIDE adalah analisis Data Raya dan kecerdasan buatan (AI) yang membuat ramalan ke atas sesebuah premis yang berpotensi menjadi titik panas penularan Covid-19 dalam jangka masa tujuh hari. Analisis yang dibuat adalah menggunakan data daftar masuk MySejahtera serta pangkalan data kesihatan sedia ada.

Senarai HIDE akan diterbitkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan kawalan kendiri oleh masyarakat umum dan premis perniagaan.

Difahamkan, premis yang tersenarai merupakan premis yang berpotensi menjadi kluster jangkitan COVID-19 jika tiada tindakan diambil. Premis yang tersenarai di bawah HIDE adalah berbeza daripada senarai kluster yang dilaporkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan.

Sumber: Berita Harian, Sinar Harian

Baca: Bazar & Sekolah Ditutup, Tak Boleh ‘Dine-In’ Semasa PKP 3.0 – Sumber

cover 2 e1620455322967

Sumber: The Straits Times
Sumber: The Malaysian Reserve
ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • 4CE1E5DA 68A7 4F7E 9235 513A4911177B

    “Ini adalah yang terakhir” – Tempoh Tahanan Eda Ezrin, Suami & 4 Rakan Dilanjutkan Sehingga 6 Ogos Depan

  • Umie Aida

    “Saya memang tak bawa apa-apa makanan ke NZ tapi….” – Gara-gara Sebiji Buah Epal, Umie Aida Didenda Lebih RM1K di New Zealand

  • Aerotrain

    Perkhidmatan Aerotrain KLIA Tergendala Seketika Pada Jumaat Akibat Takungan Air Lepas Hujan Lebat

  • Had Ketinggian

    Terlanggar Palang Had Ketinggian, 7 Individu Termasuk Pemandu Bas Cedera Ringan

  • ft tumbler pecah

    “Sempat minum seteguk” – Guru Panik ‘Tumbler’ Murid Bocor, Rupanya Ada Serpihan Kaca

Video Terbaru

  • hakim 2

    Sabah Dah Lain Sekarang

  • Thumbs Kayuh 1

    Kayuhan Solo Ke Makkah | Potpetcast ft ‪@fikrialqaswa‬

  • thumbs sabah lyana

    Bukan Kroni, Tapi Kualiti!

  • THUMBNAILLLLLLLLLLL

    Ini Iklan Raya Tau! | React Iklan Raya

  • THUMBNAIL

    Beruang Main Piano?! | Pemberita Berkepala Tiga ft Latifah Huang.

Siaran Akhbar

  • ft apad mangsa upsi

    APAD Bantu Mangsa & Waris Pelajar UPSI Terlibat Nahas Gerik

  • LCS 2

    Tengku Permaisuri Selangor Sempurnakan Pelancaran LCS Kedua TLDM ‘Raja Muda Nala’

  • ft kisah cikgu

    “Bukan sekadar pendidik” – Guru, Harapan Masa Depan Anak Kita

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • hakim 2

    Sabah Dah Lain Sekarang

  • Thumbs Kayuh 1

    Kayuhan Solo Ke Makkah | Potpetcast ft ‪@fikrialqaswa‬

Terkini

  • 4CE1E5DA 68A7 4F7E 9235 513A4911177B

    “Ini adalah yang terakhir” – Tempoh Tahanan Eda Ezrin, Suami & 4 Rakan Dilanjutkan Sehingga 6 Ogos Depan

  • Umie Aida

    “Saya memang tak bawa apa-apa makanan ke NZ tapi….” – Gara-gara Sebiji Buah Epal, Umie Aida Didenda Lebih RM1K di New Zealand

  • ft p diddy

    P Diddy Bebas Daripada 3 Pertuduhan S*ks & Konspirasi Jenayah Terancang

  • ft AC Mizal

    Dato’ AC Tampil Bagi Penjelasan Mudah Kenapa Tiada Masalah Persembahkan Lagu Tanpa Perlu Keizinan Komposer Lain

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2025 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube