in

Berkelakuan Aneh Di Airport, Rupa-Rupanya Lelaki Tu Tengah Kemut 1kg Emas Dalam Lubang J*bo

Curiemasdalamjubo

Itu yang dilakukan oleh seorang lelaki berusia 30 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Jaipur, niatnya yang cuba nak menyeludup emas ‘kantoi’ apabila dia ditahan oleh pegawai kastam.

Lapor Khaleej Times, Pankaj Saduwani ditahan di lapangan terbang malam Ahad selepas kakitangan kastam mengesyaki sesuatu terhadap lelaki itu.

 

Sembunyikan 6 keping emas (1 Kg) di dalam lubang dubur

20Bm Gold
gambar hiasan

Ketika dia mengambil penerbangan Thai Airways, Sudawani dikatakan berkelakuan aneh sebelum ditahan.

Semasa soal siasat, dia mengaku ada menyembunyikan kepingan  emas dengan berat kira-kira 1 kg di dalam rektumnya (lubang dubur).

Dia ditangkap, emas dirampas dan Sudawani kini masih disiasat. Menurut pegawai kastam tersebut, modus operandi kumpulan itu ialah seorang penyeludup diberikan gambar penerima barang yang menunggu di luar lapangan terbang dan dia hanya boleh menyerahkan barangan yang diseludup kepada individu itu sahaja.

Ngeri pula admin bila bayangkan macam mana dia bawa sekilo emas kat dalam tu.

 

Baca: Gadis Curi Barang Kemas Berjumlah RM50,000 Pada Hari Pertama Kerja di Tesco Kulim

Curi1 758X399 1