in

“Berkat kesabaran, titik peluh” – Asalnya Jual Cempedak Kat Gerai Tepi Jalan, Hidayah Abam Kini Berjaya Buka Kedai!

Buka Kedai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak daripada pemergian arwah Abam Bocey lagi, kita semua dapat lihat bagaimana strugglenya Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, mencari rezeki untuk bina kehidupan baru bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.


Tak lama dulu, perniagaan kecil-kecilan Hidayah dengan adik iparnya di Sabak Bernam, iaitu gerai yang menjual cempedak goreng jadi viral seketika hasil bantuan rakan artis dan netizen.

View this post on Instagram

S E D E K A H Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5. Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang dia suka,. Yang paling penting, "Mengejar rezeki jangan Mengejar jumlahnya tapi kerjarlah berkahnya" Terima kasih semua support & beli Cempedak goreng & produk2 keluaran dayah.. Al-fatihah dibaca buat arwah suamiku Syed Umar Mokthar.. #paidreviewhidayahabam #cempedakgorenghidayahabam #titiankasihcocohidayahabam #kasihchocolatehidayahabam #tepungrotijalachocolate #biarorangbuatkitajangankitabuatorang #kitabaikramaisayang #allahsentiasabersamakita #rindudalamdoa #kerjakerasdemianak #kitabaikramaisyg #mysmallbiznes #alfatihaharwahabam

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Namun tidak Hidayah sangka, dia kini sudah mampu memiliki kedai sendiri di Sabak Bernam! Wahhh tahniah Dayah! 

Menerusi perkongsian di Instagram, Hidayah memberitahu yang dia tak lama lagi akan membuka kedai baru hasil titik peluh berniaga cempedak goreng.

Tambahnya lagi, Hidayah berterima kasih kepada abangnya dalam membantu mendapatkan kedai tersebut disamping berterima kasih kepada ibu dan ayahnya atas sokong dan doa mereka.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, hari jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan Cempedak goreng dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini, terima kasih abg dayah @sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni.

“Terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support dayah.. terima juga Majlis Dareah Sabak Bernam (MBSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 degan cepat pada 02/08/2020.. Alhamdulillah syukur..”

 

“Rezeki buat Hamzah dan Kak Dayah” 

Kejayaan Hidayah mendapat pujian netizen yang terinspirasi dengan kegigihannya dalam berusaha untuk mencari rezeki buat anak dan keluarga.

Image From Ios 14

Semoga terus berjaya Dayah! All the best. 

Baca: “Jangan ambil kesempatan atas kes begini” – Peguam Nor Hidayah Tegur Taktik Ejen Insuran, Buat Duit Guna Kes Faraid Balu Abam

Hiday

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.