in

“Beri saya 5 tahun untuk selesaikan masalah kecurian air & elektrik di Sabah” – Bung Mokhtar

Untitled 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam Dengan Undangan Negeri Sabah pada Rabu lalu, Datuk Seri Bung Moktar Radin melaporkan Kerajaan Sabah dan agensi berkaitan telah mengalami kerugian sebanyak RM450 juta akibat kecurian bekalan air dan elektrik semenjak tahun 2010 sehingga kini.



Daripada jumlah kerugian yang dinyatakan, RM342 juta adalah berpunca daripada penyambungan air secara haram, manakala selebihnya melibatkan kecurian bekalan elektrik.

“Beri saya lima tahun di kementerian saya akan selesaikan masalah ini.”

Tegas beliau, rakyat Sabah berhak mendapat bekalan air dan elektrik secara konsisten tanpa gangguan. Melihatkan isu ini yang merugikan rakyat Sabah, Bung Mokhtar berjanji akan menyelesaikan masalah kecurian air dan elektrik dalam tempoh lima tahun.

Curiaircopy

Untuk menyelesaikan masalah kecurian air, Bung Mokhtar berkata Jabatan Air Negeri Sabah akan menguatkuasakan tindakan seperti pemotongan sambungan haram secara bersepadu, mengenakan kompaun dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

Bagi masalah kecurian bekalan elektrik pula, beliau berkata Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan membuat pemotongan sambungan haram, dan kempen kesedaran. Malah, bekalan elektrik juga akan dibekalkan dengan kaedan pukal melalui pengedar kuasa bebas seperti di Sandakan dan Labuan.

Sumber: Awani

BACA: Isu Air Bersih: Menteri Cadang Rakyat Kelantan Untuk Manfaatkan Air Hujan

Capture 28

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.