in

Isu Air Bersih: Menteri Cadang Rakyat Kelantan Untuk Manfaatkan Air Hujan

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu air bersih di negeri Kelantan bukanlah sesuatu yang baru di negara ini. Untuk rekod, kerajaan negeri Kelantan sering dikritik kerana masalah air bersih di negeri itu sudah berlaku semenjak tahun 1990.


Baru-baru ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar rakyat negeri Kelantan memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian ketika berhadapan dengan masalah bekalan air.

Tuan Ibrahim Tuan Man Environment 11032020

Terang beliau lagi, Kelantan adalah negeri yang sesuai untuk memanfaatkan air hujan kerana tidak terlampau terdedah dengan sektor industri yang mampu mengurangkan kualiti air hujan.

Masalah Bekalan Air 768X469 1

“Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan presiden PAS itu dilakukan ketika merasmikan projek rawatan air komuniti Parlimen Kubang Kerian di Masjid Mukim Seterpa Banggu baru-baru ini.

Diharapkan agar masalah air bersih di negeri Kelantan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Air adalah asas kepada semua kehidupan.

Sumber: Malaysiakini

BACA: Masalah Air Di Kelantan Dijangka Selesai Menjelang 2023 – Menteri Alam Sekitar & Air

Capture 61

Sumber: MalayMail
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.