in

“Beri masa untuk saya fikir” – Azizulhasni Pertimbang Sama Ada Mahu Bersara Atau Tidak

ft azizul hasni awanv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesampainya The Pocket Rocketman di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA1) semalam, difahamkan bahawa Datuk Azizulhasni Awang tidak dapat menahan rasa sedih ketika melakukan sidang media.

Dalam sidang tersebut, jaguh berbasikal trek negara menyatakan bahawa beliau bersedia untuk mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan kariernya sebagai pelumba dan beraksi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) atau bersara.


Artikel berkaitan : “Shah Firdaus akan teruskan legasi saya” – Azizulhasni Umum Bersara Dari Sukan Berbasikal Trek

Artikel berkaitan : “Satu simbol keberanian” – Parut Di Dada Azizulhasni Awang Tanda Beliau Tabah, Tidak Pernah Mengalah

“Saya masih tak boleh terima sepenuhnya apa yang berlaku kerana kebiasaannya kalau saya kalah dalam perlumbaan, saya masih boleh ekspresikan lagi kekuatan dalam perlumbaan saya… itu saya boleh terima.”

“Tapi ini (di Paris 2024), saya tak dapat buat apa-apa, saya memang tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Kalau kita sebagai atlet ini, kita makan, tidur kita, kita hidup untuk sukan, untuk negara.”

“Bahkan saya sendiri pun, saya letakkan keluarga saya nombor dua… apa-apa memang sukan dulu, saya cuti pun saya masih lagi berlatih. Saya fikir untuk Olimpik,” katanya.

2764655

Jelasnya, beberapa hari selepas perlumbaan, beliau mula berharap agar dapat mempertimbangkan semula keputusannya untuk teruskan perjuangankan ke Olimpik yang seterusnya.

“Beberapa hari selepas perlumbaan, Shah, John dan pasukan saya memang berharap kalau boleh mempertimbangkan semula sehingga ke Los Angeles 2028.”

“Tapi bagi saya, saya perlukan masa untuk duduk bersama keluarga, kosongkan fikiran saya daripada apa yang berlaku. Apa yang berlaku ini, di luar kebiasaan dalam karier saya tetapi bagi saya, mereka tahu, kalau saya berhenti pun saya masih akan aktif dengan sukan terutama berbasikal.

2764656

“Akan terus berkayuh tetapi paling penting, kalau mereka perlukan bantuan saya, kalau Shah perlukan rakan sepelatih, bantu dia atau ada pelumba muda mahukan rakan sepelatih, saya boleh pertimbangkan.

“Namun buat masa sekarang, saya rasa saya perlukan masa kerana untuk kali ini, sangat mencabar. Bukan sahaja fizikal, latihan keras saya sudah biasa tetapi mental, saya ada keluarga, anak yang sedang membesar dan sentiasa bertanya kepada saya.”

Namun begitu, Azizulhasni ada mengimbau peristiwa 2 tahun lalu saat dia mengalami masalah jantung, beliau telah berjanji dengan keluarga untuk berhenti setelah selesai bertanding dalam satu Olimpik. Namun, beliau kini dalam keadaan terkilan dan memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya.

Sumber : Berita Harian

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.