in

Beri Laluan PRU 15, Konsert Ungu ‘26th Anniversary’ Ditunda Ke 26 & 27 Disember

1Ungu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehubungan dengan pembubaran parlimen dan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022, pihak penganjur konsert kumpulan muzik Indonesia, Ungu telah mengumumkan penukaran tarikh kepada orang ramai.


Screenshot 2022 11 12 At 12.51.05 Pm

Penganjur konsert, Star Planet dalam kemaskini di laman web starplanet.com.my mereka memaklumkan penundaan itu kepada tarikh 26 dan 27 Disember 2022. Konsert yang dijadualkan berlaku pada 18 dan 19 November terpaksa dijadualkan semula kerana memberi laluan kepada peminat-peminat di Malaysia untuk membuang undi pada Pilhan Raya Umum pada 19 November ini.

Walau bagaimanapun, tempat dan masa konsert masih kekal seperti yang dijadualkan sebelum ini iaitu pada jam 8.30 malam bertempat di STAR Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM Kuala Lumpur.

Screenshot 2022 11 12 At 12.51.57 Pm

Untuk rekod, dengan sambutan yang menggalakan dari peminat kumpulan itu di Malaysia, pihak penganjur dan kumpulan Ungu sendiri telah menambah satu hari lagi konsert bagi menyambut ulangtahun ke-26 mereka.

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.