Bagi korang yang sentiasa mengikuti perkembangan di media sosial, pasti korang kenal influencer terkenal iaitu Imran Bard yang sering FYP di platform media sosial TikTok, kan?
Gelagatnya yang sentiasa menggelikan hati netizen itu memang disukai ramai, dia juga dikenali sebagai seorang yang lantang memberi pandangan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini sebuah posting yang dimuat naik Imran telah menarik perhatian netizen apabila pempengaruh ini dilihat telah memberi anak khinzir meminum susu ketika berkunjung di sebuah tempat peranginan di Thailand.
Meskipun terdapat banyak lagi gambar lain yang memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan Imran ketika bercuti di sana, namun ramai di kalangan netizen meluahkan pelbagai komen berkaitan gambar tersebut sahaja.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “I was so confused” – Atlet AS Respon Lepas Netizen DM Wajahnya Dikatakan Seiras Imran Bard
Artikel berkaitan: Didik Anak Lelaki Buat Kerja Rumah, Netizen Puji Cara Didikan Ibu Imran Bard
“Dik, jangan bermegah dengan benda yang haram”
Sebahagian daripada netizen dilihat telah mengecam Imran dengan mengatakan dia tidak sepatutnya bermegah bergambar dan memberi minum terhadap perkara yang haram (babi) kerana ia boleh mendatangkan fitnah.
Tak cukup dengan itu, ada juga yang concern berkenaan kebersihan botol yang dipegang Imran, takut-takut air liur haiwan berkenaan terkena pada tangan atau pakaian pempengaruh itu yang mana ia perlu melalui proses sertu.
“Kesian tengok mentaliti melayu dekat komen ni”
Dalam pada itu, sebahagian lagi netizen tampil mempertahankan tindakan Imran dengan mengatakan tidak salah bagi seseorang itu untuk memberi haiwan seperti babi makan dan minum.
Menurut netizen, babi hanya haram dimakan dan dipegang tetapi ia tidak bermaksud kita harus menzalimi haiwan tersebut.
Dalam isu ini admin rasa sebaiknya biarlah mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi membahaskan sama ada boleh atau tidak memberi makanan kepada haiwan seperti babi.
Tapi sejujurnya dalam Islam, memberi binatang makan itu ialah amalan yang terpuji. Kita sebagai khalifah yang berkongsi kehidupan dengan makhluk lain hendaklah sentiasa mempunyai sifat penyayang terhadap haiwan.
Sumber: Instagram