Pencetus Ummah (PU) Amin baru-baru ini ada membuat kenyataan terbuka dimana dia ingin menegur segelintir individu yang menggelarkan dirinya ustaz untuk mengejar kesenangan hidup.
Katanya lagi, perbuatan negatif yang dilakukan itu telah menjejaskan sedikit sebanyak imej terhadap ustaz-ustaz lain, lapor mStar.
Berhentilah dari menggunakan nama ustaz untuk memuliakan diri
“Buat para pendakwah peliharalah diri dari kejahatan dan kesilapan, lihatlah apa yang berlaku kerana ketelanjuran satu dua orang manusia yang memakai topeng pendakwah akhirnya merosakkan nama dan tugas pendakwah itu sendiri”
“Jangan kerana kita yang tidak menjaga nama pendakwah atau ustaz itu maka boleh menyebabkan hilang kepercayaan masyarakat pada pendakwah dan ustaz-ustaz yang lain.”
“Berhentilah dari menggunakan agama untuk kesenangan diri, berhentilah dari menggunakan nama ustaz untuk memuliakan diri, bertaubatlah dan kembalilah pada jalan agama yang sebenar wahai para pendakwah dan ustaz”.
“Jangan kita rosakkan tugas pendakwah ini, fikirkan perasaan Nabi Muhammad dan para sahabat jika kita merosakkan kerja dakwah ini”
Dalam pada itu, PU Amin juga ada membuat luahan di Instagramnya untuk lindungi diri daripada jadi mangsa fitnah dalam kerja. Namun, dia tidak ajukan kepada sesiapa pun.