in

“Berhenti hukum kami” – Keluarga Pencetus Kluster Kg Matang Mohon Maaf, Rupanya Ini Sebab Rentas Negeri Sebelum Raya

Ft Pencetusmatang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua buah keluarga dilaporkan menjadi pencetus berlakunya kluster terbesar di Hulu Terengganu selepas didapati merentas negeri sebelum Aidilfitri dan melakukan ziarah kunjung mengunjung.


Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus tindakan mereka telah menjadi punca jangkitan 127 individu lain dan menyebabkan berlakunya Kluster Kampung Matang serta turut merebak ke tiga kampung berdekatan.

 

Mohd Adli Mohamad, salah seorang ahli keluarga dimaksudkan bagaimanapun telah tampil memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Kata bekas pesakit Covid-19 itu, keluarganya kini menghadapi kecaman, persepsi negatif melampau dan disisihkan segelintir masyarakat disebabkan hal berkenaan.

Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf kepada masyarakat di Hulu Terengganu khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Telemong kerana kesukaran yang dihadapi mereka ketika ini, sentiasa hidup dalam kebimbangan disebabkan penularan COVID-19 yang begitu meluas dan pantas.”

Namun, apa yang terjadi bukan disengajakan, jauh sekali untuk menyakiti dan menjangkiti sesiapa. Harapan kami supaya masyarakat tidak berterusan ‘menghukum’ keluarga kami kerana ia sangat mengganggu emosi.”

Cetus1

 

Ada sebab rentas negeri, bukan sengaja mahu jangkiti sesiapa

Kata pemuda berusia 36 tahun itu, keluarganya tiada niat mahu menjangkiti sesiapa dengan virus ini dan apa yang berlaku tidak disengajakan. Difahamkan abang iparnya telah pulang ke Kampung Matang pada Ramadan lepas untuk pastikan isterinya yang baru bersalin dapat menjalani pantang yang sempurna.

Beliau mendapat kebenaran polis untuk melakukan perjalanan rentas negeri, malah sudah melakukan ujian calitan dan disahkan negatif COVID-19, namun entah bagaimana beliau akhirnya positif penyakit itu tidak lama kemudian.”

Sekelip mata, seorang demi seorang daripada 48 ahli keluarga kami (termasuk keluarga abang ipar) disahkan positif dan terus menerima rawatan di hospital serta menjalani tempoh kuarantin di lokasi yang ditetapkan kerajaan.

Mungkin ada kesilapan kami yang cuai dalam pergaulan menyebabkan ramai ahli keluarga dijangkiti COVID-19.”

Cetus3

 

Terkilan, walaupun dah sembuh tapi masyarakat masih bersikap dingin

Adli turut akui pernah terfikir untuk membawa keluarganya berpindah ke tempat lain disebabkan penerimaan dan sikap masyarakat setempat yang masih dingin terhadap mereka sekeluarga meskipun selepas sembuh daripada Covid-19.

Meskipun begitu, dia tidak salahkan penduduk kampung yang bersikap sebegitu terhadap mereka kerana akur ianya berpunca daripada salah faham berkaitan virus ini.

Sangat menyedihkan apabila seorang daripada ahli keluarga kami yang ingin membeli barangan keperluan di kedai, namun tiada yang mahu berurusan kerana bimbang dijangkiti sedangkan dia sudah pulih sepenuhnya daripada penyakit itu.”

Akhirnya, dia terpaksa meminta kebenaran pihak berkuasa untuk membeli segala barangan keperluan di tempat lain yang agak jauh dari kediaman sendiri kerana tidak mahu mencetuskan suasana tidak harmoni di kampung.”

Cetus2

Katanya, meskipun penduduk kampung telah diberi penerangan bahawa keluarganya tidak lagi menjangkiti sesiapa selepas selesai dirawat di hospital namun masih ada segelintir daripada mereka yang masih tidak dapat menerimanya.

Bagaimanapun, Adli berkata keluarga redha dan tabah dengan ujian ini serta berharap semuanya akan kembali normal suatu hari nanti. Dia turut menasihati agar rakyat Malaysia patuhi SOP agar tidak lalui pengalaman pahit dialami keluarganya.

Baca: “Turut jangkiti 3 kampung lain” – Dua Keluarga PUNCA Kluster Terbesar di Hulu Terengganu, 127 Penduduk Positif

Ft Klustermatang

Sumber: Bernama
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.