in

“Berhenti, berhenti!” – Kanak-Kanak 3 Tahun Merayu Ibu Bapa Jangan ‘Sumbat’ Makanan Lagi Dalam Video Mukbang

Mukbang Paksa

Mukbang memang antara video yang akan dapat banyak tontonan di Youtube. Cuba buka Youtube tu memang korang akan jumpa ramai Youtuber yang buat video Mukbang tak kira dari luar atau dalam negara.

Namun, sepasang suami isteri dari China dituduh memaksa anak perempuan mereka berusia 3 tahun untuk buat video mukbang demi dapatkan wang.

Note: Youtuber akan dapat duit based on tontonan yang mereka peroleh di Youtube.

Budak3

Menurut sebuah portal, berat badan kanak-kanak bernama Pei Qi itu telah naik dengan mendadak selepas ‘disumbat’ dengan ayam goreng, burger, kentang goreng, kek dan macam-macam lagi dalam setiap episod mukbang tersebut.

Sejak daripada itu, ibu bapanya kini dituduh ‘mendera anak’ mereka dan menggunakannya sebagai ‘umpan untuk dapatkan duit’. Hal itu mula mendapat perhatian selepas netizen di sana mula menyedari berat badan Pei Qi semakin naik dan saiznya lebih besar daripada kanak-kanak seusia dengannya.

Budak5

Budak2

Lebih teruk, ibu bapanya akan meletakkan tajuk video itu seperti “kereta mainannya hancur sebab dia terlalu berat”, “membesarkan seekor babi”, “perut besar” dan “habis makan dalam beberapa saat”.

Menyedihkan, di dalam salah sebuah video mereka, Pei Qi dilaporkan cuba merayu ibu bapanya untuk berhenti menyuap dan berkata,

Berhenti, berhenti, jangan refill lagi.”

Budak6

Budak4

Budak1

Namun, kedua-dua mereka tidak menghiraukan permintaan Pei Qi dan tetap tambah makanan untuk diberikan kepadanya. Difahamkan, pasangan itu telah menafikan tuduhan tersebut dan berkata anak mereka sihat dan hanya merakamkan video tersebut untuk suka-suka.

Satu pertubuhan bernama  All-China Women’s Federation yang melindungi kebajikan serta hak wanita dan kanak-kanak dilaporkan sudah mula melakukan siasatan terhadap kes ini.

Kalau betul, harap ibu bapa dia dihukum sebab tergamak dera anak macam tu sekali…

Baca: “Ibu gertak dengan hanger” – ‘Parents’ Rotan Kaki & Kasari Anak Untuk Suruh Makan Dekat Kedai Tomyam

Ig 1

Sumber: Detik
Sumber: Weixin
Sumber: Detik
Sumber: Weixin
Sumber: Detik
Sumber: Detik