in

‘Berehatlah si kecil’ – Bayi 5 Bulan Maut Dilanggar Van, Angkara Ibu Terlupa ‘Brake’ Stroller

FEAT BABY FINAL

Setiap keluarga yang mempunyai anak kecil, sudah pasti ‘baby stroller’ atau kereta sorong bayi menjadi satu keperluan untuk membawa anak keluar bersiar-siar dengan mudah.

Setiap kereta sorong bayi itu pasti akan dilengkapi dengan ‘brake’ di bahagian tayar dengan tujuan untuk mengelakkan ia daripada bergerak dengan sendiri sehingga membahayakan baby didalamnya.

Namun, malang bagi seorang wanita ini apabila bayinya yang baru berusia 5 bulan maut kerana dilanggar sebuah van gara-gara wanita itu terlupa untuk menekan ‘brake’ pada tayar kereta sorong bayinya.

Lapor The Sun, kejadian ini berlaku di Auckland, New Zealand kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan pada 5 Oktober lepas.

 

Nampak kereta sorong bergerak laju

Pemandu van tersebut, Sudhir Saksena menyatakan bahawa stroller baby itu laju bergerak ke arah jalan raya.

Walaupun dia hanya memandu pada kelajuan 9-12 km/h, namun dia tidak sempat untuk menekan brek kerana kereta sorong itu datang secara tiba-tiba, sebelum berlaku perlanggaran yang menyebabkan kereta sorong itu tercampak ke seberang jalan.

Saya tak nampak dia datang… Saya tekan brek tetapi telah pun terlambat

Saksena kemudian turun untuk melihat keadaan bayi tersebut. Ibu bayi berkenaan juga berlari ke arah bayinya dalam keadaan panik dan bertanya apa yang telah berlaku.

 

Pekerja nurseri cuba melakukan CPR

Menurut Saksena juga, terdapat seorang pekerja nurseri cuba untuk memberi bantuan CPR bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan.

Namun, bayi malang berkenaan menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

 

Terlupa meletakkan ‘brake’ kereta sorong

BABY 1

Ibu bayi malang berkenaan dikatakan meraung dalam keadaan terkejut sewaktu memberitahu saksi di tempat kejadian bahawa dia terlupa untuk meletakkan ‘brake’ kereta sorong berkenaan yang seterusnya menyebabkan kejadian tragis ini berlaku.

Saksi juga memberitahu bahawa bakul bayi yang terletak di dalam kereta sorong tersebut tercabut sewaktu dilanggar dan melayang sekurang-kurangnya 50 kaki di udara sebelum terhempas.

Kereta sorong bergerak laju di celah-celah kereta sebelum menghala ke arah laluan yang dipandu oleh van… Kemalangan ini adalah sangat menakutkan

 

Tidak boleh tidur mengenangkan kejadian tersebut

Pemandu van tersebut juga memberitahu New Zealand Herald bahawa dia tidak boleh berhenti memikirkan mengenai kemalangan tersebut.

Saya tidak tidur malam semalam. Dalam pukul 11 malam nak ke tengah malam, saya pergi ke suatu tempat dengan lilin untuk dinyalakan.

Saya pergi dengan isteri saya dan duduk di atas jalan… dan menangis.

Beberapa orang telah meluahkan rasa simpati terhadap kemalangan tersebut dengan meninggalkan bunga di kawasan kejadian serta menyampaikan takziah untuk bayi berkenaan.

 

Semoga kejadian ni dapat beri pengajaran kepada parents yang lain supaya tak cuai dalam menjaga anak-anak mereka.

Baca: Parents pemalas tunggu lif Netizen Ni Kena Bash Lepas Salahkan Parents Guna Eskalator Walaupun Bawa Stroller Hingga Anak Jatuh

BACA BABY