in

“Komplot dengan adik sendiri” – Kejam! Wanita Tergamak Bunuh Suami Buta Demi Harta Lebih RM2 Juta

Cc 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Harta ada kalanya mampu membuat seseorang bahagia, tapi harta juga mampu membutakan mata sehingga sanggup bertindak di luar batasan.

Itulah nasib malang yang menimpa seorang lelaki yang dibunuh oleh isterinya di rumah mereka di Kampung Baru Sungai Chua, Kajang pada 1 Oktober lalu.


Mangsa dilaporkan dibunuh atas dakwaan isterinya ingin membolot harta yang dianggarkan bernilai lebih RM2 juta!

C1 1 2

 

Berpura-pura kata suami disamun

Menurut Harian Metro, ketika kejadian berlaku, wanita berusia 45 tahun itu tergamak mereka cerita kononnya suaminya yang buta disamun ketika berada di hadapan rumah mereka.

Walau bagaimanapun, hasil siasatan mendapati wanita tersebut telah merancang untuk membunuh mangsa dan pada masa yang sama bersekongkol dengan adik lelakinya yang berumur 42 tahun.

Tindakan licik mereka itu terbongkar selepas mereka ditahan polis pada Sabtu lalu sebelum direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

C3 4

 

Mangsa dipukul di kepala dan meninggal semasa rawatan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa dipukul di kepala dengan menggunakan tukul. Akibat kecederaan teruk yang dialami, mangsa tidak dapat diselamatkan.

“Mangsa berusia 59 tahun itu juga disahkan meninggal dunia pada 10 Oktober lalu ketika menerima rawatan di Hospital Kajang.”

Adik beradik itu akan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 akta sama. Mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang, esok atas kesalahan merancang dan membunuh mangsa untuk mendapatkan harta.

Difahamkan suspek mahu mendapatkan harta suaminya yang membabitkan aliran tunai lebih RM2 juta melalui hasil perusahaan perniagaan lori serta besi buruk. Turut dituntut adalah insurans kematian mangsa berjumlah RM800,000.

 

Baca: “Itu sebabnya saya keluarkan perkataan kasar tu” – Ali Puteh Perjelas Isu ‘Rebut Harta’ Dengan Kakak Ipar Selepas Kematian Arwah Abam Bocey

C 17

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.