in

Berdua-duaan Dengan Janda, Pembuang Saka Terkenal Di Melaka Kena ‘Cekup’ Dengan Jabatan Agama

Pembuang Saka Tangkap Khalwat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, masih ramai lagi yang memilih untuk menggunakan kaedah rawatan alternatif seperti menggunakan khidmat bomoh atau rawatan akupuntur.

Selain itu, rawatan sebegitu juga menjadi pilihan jika mereka mempunyai penyakit yang tidak dapat diubati dengan rawatan moden seperti gangguan jin atau syaitan serta apa-apa yang berkaitan dengan ‘alam lain’.


Kentang Berkulat 2

Hari ini, ramai dikejutkan dengan berita seorang pengasas pusat perubatan jarak jauh yang juga terkenal dengan perkhidmatan membuang saka dicekup kerana dipercayai berkhalwat di Masjid Tanah.

Dalam laporan Kosmo!, lelaki berusia 60-an itu ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang sedang melakukan serbuan di sebuah rumah teres malam semalam, menurut pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat serbuan dilakukan selepas mendapat aduan orang awam.

“Hasil soal siasat lelaki tersebut merupakan seorang pengasas pusat perubatan dari negara jiran.

Kita dapati dia telah bersekedudukan dengan seorang janda anak seorang berusia 40-an yang didakwanya telah dinikahi sejak 2012, namun mereka gagal mengemukakan dokuman sah pernikahan itu,” katanya.

Disebabkan itu, warga emas berkenaan ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Baca: Raja Bomoh Nafi Buat ‘Ritual’ Syirik, Jab. Agama Islam Perak Buka Kertas Siasatan

Ft Nafi Buat Ritual Syirik 1

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.