in

“Beratus-ratus jasad ada” – Mayat Mangsa Covid-19 New York Tahun Lepas Masih Disimpan Dalam Treler Sejuk Beku

Ft Mayatcovid

Masih ingatkah anda ketika kes peningkatan Covid-19 memuncak di Amerika Syarikat? Sehinggakan hospital, rumah mayat dan rumah pengebumian penuh dek kerana kadar kematian yang tinggi akibat virus itu.

Beberapa bandar seperti New York terpaksa menggunakan treler sebagai bilik mayat sementara untuk menyimpan mayat mangsa dalam trak sejuk beku. Malah, beberapa video viral di media sosial menunjukkan bagaimana mayat-mayat ini diangkat menggunakan forklift dan disimpan dalam treler tersebut.

Mayat1

Mengejutkan, banyak mayat mangsa Covid-19 di New York masih disimpan rapi di dalam treler atau bilik mayat sementara itu. Menurut laporan, beberapa treler itu kini berada di Terminal Laut Brooklyn Selatan dan menampung 750 mayat namun bukan semuanya adalah mangsa Covid-19.

Jurucakap Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan, Mark Desire berkata pejabat pemeriksa perubatan tempatan membantu keluarga untuk mengatur ‘tempat rehat’ terakhir buat si mati.

Ruang simpanan jangka panjang diwujudkan ketika wabak memuncak untuk memastikan waris atau keluarga mempunyai tempat menyimpan insan yang mereka sayangi.”

Treler5

Treler2

Atas rasa belas kasihan dan kepekaan, kami terus berhubung dengan keluarga si mati berdasarkan setiap kes selama tempoh mereka berkabung.”

Difahamkan Pejabat Ketua Pemeriksa Perubatan terpaksa membeli trak sejuk beku tambahan dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan turut menyediakan 80 trak kepada bandar New York tahun lepas kerana peningkatan angka kematian pada musim bunga lalu.

Baca: Mandikan Jenazah Wanita Maut Akibat COVID 19, 4 Petugas Lelaki Disiasat Kerana Tak Tepati Syariat Islam

Mandikan

Sumber: Metro
Sumber: Al Jazeera
Sumber: CBS News