in

“Berapa sangat lah harga sayur tu” – Netizen Sedih Tengok Wanita Warga Emas Disepak Terajang Sebab ‘Kantoi’ Curi Sayur Di Pasar

Ditendang4

Rasa marah dan bengang apabila melihat wanita tua dikasari sebegini rupa, ya memang dia ada buat salah tapi itu tak bermakna dia kena layanan buruk sebegini.

Curi sayur sebab kelaparan tapi terbongkar, lalu wanita berumur 60 tahun yang dikenali sebagai Rubingah ini dipukul oleh salah seorang peniaga lelaki tanpa belas kasihan.

 

Tinggal sebatang kara

Video Rubingah ini viral di Twitter sejak ia dimuat naik 2 hari lepas, ia mendatangkan kemarahan netizen apabila dapat dilihat Rubingah merayu-rayu dan minta maaf tapi penyerang tetap melakukan keganasan terhadapnya.

Ini kerana menerusi Detik News, Rubingah ini tinggal sebatang kara, dia dah lama bercerai dengan suaminya. Rumah yang dia tinggal tiada elektrik, beberapa puluh tahun lalu anak dan suaminya tinggalkannya.

1B70C7B1 97E4 4A3F 9A7C 9A6Aba703F61 169
detik news

Perwatakannya mula berubah sejak penceraian, kata jiran, dia susah nak diajak berborak, dan dia selalu keluar dari rumah tanpa hala tuju.

Hidupnya susah, dia kadang-kadang ambil upah jadi tukang urut untuk menyara hidupnya, kadang-kadang dia minta bantuan makanan daripada tetangga.

Berikutan dengan insiden yang terjadi kepadanya di Pasar Potrojayan, Indonesia.  Pihak polis telah berjaya menahan si pelaku.

Disebabkan tular video itu juga ramai pihak yang datang memberikan bantuan kepada Rubingah. Rata-rata netizen terkilan dengan sikap pelaku tu.

 

Berapa sangatlah harga sayur tu – Netizen

Pulau Pulau2 Pulau3

Allahu kalau dia curi duit RM 1000, handphone ke, atau barang berharga tu lain lah, ini sayur je, lepastu cuba lah berperikemanusiaan sikit, orang tu lapar.

 

Baca : “Ini namanya kongsi rezeki” – Sikap Murah Hati Makcik Jual Kuih Ini Buat Netizen Tersentuh

Kongsirezeki