in

“Berani datang depan lah wei!” – Kak KM Sound Dr Amalina Suka Menyibuk Hal Orang Lain?

Km Vs Malina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya pertikaian antara kumpulan doktor dan geng jutawan kosmetik masih tak habis-habis sampai sekarang. Beberapa hari lepas, Datin Shahida, isteri Datuk Aliff Syukri ada menuduh Dr Amalina Che Bakri mengkritik produk mereka yang berasaskan herba.


Terbaru Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli pulak telah menghentam Dr Amalina secara terbuka di Instagram. Amboi kali ini apa kes pulak? 

Dqudzu0Wsaamjwq
sumber: twitter

 

“Kawan Kak KM semua dari golongan profesional, tapi tak ada seorang pun main Instagram. Kau ingat dorang tu ada nak jadi instafemes?” 

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Kak KM nampaknya dah kecam Dr Amalina kaw-kaw dengan menuduh doktor tersebut sengaja nak tumpang glamor dan berbeza sungguh gayanya dengan doktor lain. 

Iyelah doktor katanya mana ada masa nak main Instagram, FB, Twitter ni kan? 

“Kawan-kawan Kak KM semua dari golongan profesional, tapi tak ada seorang pun main Instagram. 

“Korang rasa mereka ada masa ke nak jadi instafemes, nak OOTD bagai? 

“Tapi yang teruknya, yang nak tumpang glamor orang lain,” kata Kak KM.

Km 1
sumber: instagram

 

“Kau pun tak tahu kesahihan barang aku ada apa kat dalam… hei berani datang depan lah wei!”

Tak cukup dengan itu, Kak KM juga sempat beri pesanan akhir kepada doktor-doktor yang suka mengecam produk jualannya.

“Haa engkau aku rasa lebih bagus pergi selamatkan nyawa-nyawa orang yang hospital tu. Sibuk hal orang! Nak assume barang orang. 

“Kau pun tak tahu kesahihan barang aku ada apa kat dalam. Hei berani datang depan la wei!

“Eh jap lagi satu lagi pesanan, kau buat je kerja kau. Aku buat kerja aku,” katanya.

 

“Doctor main Instagram dia nak femes je sambil menggatal” – Safiey Illias 

Posting Kak KM juga mendapat perhatian jutawan kosmetik Safiey Ilias yang ikut mengecam Dr Amalina. Amboi sedap sis membawang ye! Eh sis pulak… Smiley Tongue Out

Safi 1
sumber: instagram

Pun begitu, tak semua daripada netizen yang menyokong kata-kata KM dan Safiey Ilias. Kebanyakannya back up Dr Amalina balik dengan mengatakan doktor pun ada masa rehat. Sedangkan ex PM dan TMJ pun main Instagram, takkanlah doktor tak boleh update Instagram pulak kan? Hadoi! 

Shift 1

Shift 2

Mengata
sumber: instagram

 

Dr Amalina minta media fokus kepada doktor lain, asyik dia saja kena kecam

Sedar dirinya asyik jadi target serangan pengasas kosmetik di Malaysia, Dr Amalina seru pihak media keluarkan juga pendapat daripada doktor-doktor lain supaya tak dia seorang saja yang asyik kena kecaman. Alahai… 

Macam manapun diharapkan janganlah isu seperti ini dipanjang-panjangkan. Kalau teguran tu betul, kita ambil dengan cara positif. Kalau rasa tak selesa, DM secara private lagi bagus. 

Baca: “Bijak tak bererti boleh condemn orang” – Isteri Aliff Syukri Sentap Dengan Teguran Dr Amalina?

Amalinaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.