in

Bengang Tak Dipanggil ‘Baby’, Punca Lelaki Mengamuk Di Kedai Makan

mengamuk tak panggil baby

Kecoh semalam tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki tidak dikenali dilihat mengamuk di sebuah restoran di Putra Heights hingga menyebabkan kecederaan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), lelaki berkenaan dilihat membaling makanan serta minuman panas hingga terkena seorang kanak-kanak dan kedengaran jeritan mangsa di dalam video tersebut.

https://www.tiktok.com/@darlisnasidagangganu/video/7241172552960314626?embed_source=71223855%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=lobakmerah.com%2Flelaki-tiba-tiba-mengamuk-di-restoran-baling-makanan-minuman-sampai-kena-budak-4-tahun%2F&referer_video_id=7241172552960314626

Punca sebab panggil pakcik bukan ‘baby’? 

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat memberitahu, kejadian itu berlaku disebabkan suspek yang merupakan seorang lelaki warga tempatan mengamuk apabila pekerja restoran memanggilnya dengan gelaran ‘pakcik’.

Suspek juga didakwa telah meminta mangsa memanggilnya dengan gelaran abang atau ‘baby’, namun apabila mangsa terus memanggilnya dengan gelaran pakcik, ia membuatkan suspek berang dan bertindak membaling makanan dan minuman panas.

anok 1686050952

Selepas mangsa menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan, suspek terus bertindak agresif dengan menjerit memaki hamun serta mengugut akan merosakkan harta benda serta membuat kacau.

“Suspek turut membaling bungkusan makanan dan minuman panas ke dalam ruang restoran,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengadu iaitu pemilik restoran kemudian telah membuat laporan polis semalam berhubung hal tersebut selepas mendapati video kejadian itu tular di media sosial.

7336FD13 735F 4678 96C7 EB0D5DCC3202

Tambah polis lagi, tindakan suspek dengan membaling beberapa kerusi dan menendang meja beberapa kali telah menyebabkan pelanggan yang sedang makan di situ ketakutan.

Sehingga kini, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 / 352 Kanun Keseksaan.

“Sebarang maklumat atau pernah berjumpa suspek boleh menyalurkannya kepada Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 0378627100 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Dinesh Ganasan, 01133094457.

“Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” kata Wan Azlan.

Uish takutlah kalau dapat pelanggan macam ini. Harap pekerja restoran tu tak traumalah ye.

Baca: Lelaki Tiba-tiba ‘Mengamuk’ Di Restoran, Baling Makanan & Minuman Sampai Kena Budak 4 Tahun

mengamuk restoran

Sumber: HM