in

Bengang Isteri Nak Balik Kampung, Suami Bagi Anak Umur 5 Tahun Minum Racun Rumpai

Racun2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ayah tergamak memberikan anaknya yang baru berumur 5 tahun minum racun rumpai gara-gara perkara remeh, marahkan isteri kerana mahu pulang ke kampung.


Menerusi Berita Harian, kejadian ini berlaku pada Ahad lalu di Kampung Bundu, Kuala Penyu, Beaufort, Sabah. Tak cukup dengan itu, suspek juga tergamak mencekik anak perempaunnya sendiri.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada pertengkaran di antara pasangan suami isteri terbabit.

Tambah beliau lagi, si isteri mahu pulang ke kampung berama anak ke Keningau, tapi suspek melarang.

“Suspek yang berang kemudian memberi anaknya minum kopi yang sudah dicampur dengan racun rumput.

“Perkara itu hanya diketahui ibu mangsa selepas diceritakan oleh anak sulungnya yang berusia lapan tahun.” 

Dalam kejadian itu, Yusof Zakki berkata, suspek bawa mangsa naik ke tingkat atas rumah dan terus mencekik. mangsa.

Katanya, mangsa sudah dirujuk ke Hospital Kuala Penyu dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang alahan berikutan kandungan racun adalah sedikit.

Sementara itu, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan untuk membantu siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Penderaan Kanak-kanak),

 

Baca : “Balik, dia terus minum racun rumpai” – Tak Tahan Dimalukan Cikgu Gara-gara Tulis Surat Cinta, Remaja 11 Tahun Bunuh Diri

Racun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.