Memandangkan kita sudah pun emmasuki bulan Ogos di mana sebagai rakyat Malaysia, kita semua akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini diikuti dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September nanti.
Sudah tentulah, pada bulan ini, ramai yang mahu menunjukkan rasa patriotik mereka terhadap tanah tumpahnya darahku ini dengan memasang bendera Jalur Gemilang.
Namun, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini telah menjadi perhatian apabila sehelai bendera yang dipasang di sekolah tersebut telah dipasang dalam keadaan terbalik.
Difahamkan, insiden bendera Malaysia terbalik itu telah disedari oleh orang luar yang melihat bendera itu dari luar kawasan sekolah.
Artikel Berkaitan: Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Akhbar Bahasa Cina Mohon Maaf
Artikel berkaitan: Bendera Malaysia Terbalik Pada Jersi Lee Zii Jia Ialah Kecuaian Kritikal – Fahmi Fadzil
Susulan itu, pihak sekolah SJKC Chung Hua, Port Dickson dan pihak PIBG sekolah tersebut telah memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kecuaian mereka itu, lapor Astro AWANI.
Difahamkan, bendera-bendera itu telah dipasang oleh pekerja sekolah sebelum tamat waktu bekerja namun salah satu daripada bendera Malaysia telah dipasang dalam keadaan terbalik akibat kecuaian.
Pihak sekolah kemudiannya telah dimaklumkan bahawa bendera itu berada dalam keadaan terbalik sekitar jam lima petang dan mereka terus membetulkan semula posisi Jalur Gemilang berkenaan selepas dimaklumkan tentang kesalahan itu.
Dalam kenyataan permohonan maaf yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), tanggungjawab pendidikan dengan penuh integriti akan terus dilaksanakan oleh pihak mereka demi maruah negara.
Harapnya kecuaian seperti ini tidak akan berulang lagi di mana-mana tempat di Malaysia ini.
Sumber: Astro AWANI