in

“Benda ni selamat ke tak? – Perniagaan Lemang Periuk Kera Laris Menjelang Aidilfitri ?

Combine Lemang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini dah masuk hari ke-19 umat Islam berpuasa dan ini bermakna hanya berbaki 11 hari lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri. Walau bagaimanapun, sambutan Hari Raya tahun ini tak sama macam Hari Raya sebelum ini disebabkan PKPB masih lagi dikuatkuasakan sehinggalah Hari Raya.


Oleh itu, ada sesetengah peniaga giat menjalankan perniagaan online untuk persediaan Hari Raya Aidilfitri seperti perniagaan biskut raya, baju raya dan juadah untuk hari raya.

Menurut laporan Awani, seorang peniaga di Kuala Kangsar telah menjalankan perniagaan lemang periuk kera secara online. Peniaga berkenaan membuat jualan lemang periuk kera disebabkan makanan ini susah untuk didapati dan susah untuk dibuat, jadi timbul idea baginya untuk jual lemang periuk kera.

Lemang1

Bagi peniaga ini, hampr 1,000 lemang periuk kera djual setiap hari beserta dengan set rendang Perak.

Lemang2

Kita dapat tengok kan makanan ni masih mendapat perhatian orang ramai pada waktu ini. 

Namun, segelintir warganet berpendapat yang lemang periuk kera tidak selamat untuk dimakan kerana tumbuhan ini bersifat menangkap serangga kecil. Selain itu juga, dipercayai habitat ini turut diancam kepupusan kerana sukar untuk didapati.

Ada yang kata periuk kera ni ‘tandas haiwan’ sebab banyak serangga yang ada dalam tu.

Lemang 3

Lemang3

Lemang4

Menurut seorang peniaga lemang periuk kera yang lain, periuk kera ini memang mudah didapati, tak perlu masuk jauh-jauh ke dalam hutan pun. Pada masa yang sama, dia juga menafikan yang periuk kera ini tidak selamat sebab sepanjang dia menjual lemang periuk kera dan hampir 5,000 kelongsong yang dibasuh tak pernah lagi jumpa najis haiwan dalam tu, lapor Sinar.

Lemang6

Ramai warganet berbalah tentang makanan ini sama ada ianya selamat dimakan atau tak.

Namun, semua tu terjawab dengan penjelasan daripada pakar botani yang mana habitat periuk kera haruslah dijaga.

Bagi pakar botani ini, dia bimbang dengan aktiviti menuai periuk kera secara berleluasa ini. Bukan tu je, dikhuatiri spesis ini akan pupus di dalam hutan dan ianya menjadi khabar yang kurang senang kepada pencinta alam sekitar, lapor Mstar.

Lemang7

Ada juga yang bagi tau fungsi periuk kera ini untuk menyuburkan tanah sebab kandungan nitrogen yang rendah dalam tumbuhan berkenaan.

Lemang8

Jadi, cuba bayangkan orang ambil periuk kera secara berleluasa, dah confirm kesuburan tanah akan terjejas.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih menjaga alam sekitar terutamanya menjaga spesis yang hampir pupus. Lemang still boleh dinikmati even masak guna buluh.

Baca : “Eeee geli nak makan!” – Lemang Periuk Kera Sebenarnya Menjijikkan, Jadi ‘Jamban’ Kepada Kelawar Dan Tupai?

Lemang

 

 

 

 

 

Sumber: Awani
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Sinar
Sumber: Mstar
Sumber: Mstar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.