Telefon pintar jenama Apple iaitu iPhone sememangnya terkenal dengan rekaannya yang elegan dan harganya yang mungkin agak mahal bagi sesetengah orang. Jadi, kena lah menabung dulu sebelum beli sebarang gajet jenama ini kan.
Namun, tahukah anda, di negara jiran kita pula ada sebuah kedai yang menawarkan perkhidmatan sewa iPhone untuk sesiapa yang belum mampu untuk membelinya.
Memetik laporan Kompas.com, perkhidmatan unik seumpama itu telah ditawarkan oleh kedai yang dikenali sebagai Abang Apple di Pontianak, Indonesia.
Selain itu, sesiapa yang mungkin mahu mencuba terlebih dahulu menggunakan produk Apple sebelum memutuskan sama ada gajet itu sesuai atau tidak dengan mereka juga boleh menyewa iPhone dari kedai ini.
Menurut pemilik kedai tersebut iaitu Aprin berkata kepada Kompas.com, dia mahu memberi mereka yang belum mampu atau sedang mengumpul wang untuk mencuba sendiri bagaimana pengalaman menggunakan produk keluaran Apple.
Harga sewaan pula berbeza mengikut jenis iPhone di mana iPhone terbaru akan lebih mahal dan sebaliknya. Harganya bermula serendah 40,000 Rupiah (kira-kira RM11) sehingga 400,000 Rupiah (RM117.38) sehari.
Syarat untuk pinjam telefon pintar itu juga tak rumit, hanya perlu bawa kad identiti KTP (kalau di Malaysia kita panggil IC atau MyKad) dan isi borang yang disediakan.
Produk Apple pula hanya akan diberi sewa jika identiti pelanggan itu berjaya disahkan. Periksa identiti ni wajib takut pulak ada scammer ke kan.
Sayang betul kat Malaysia belum ada orang buat lagi servis macam ni.
Sumber: Kompas.com
Baca: Kekasih Buat Kejutan, Sorok iPhone X Dalam Kek Hari Jadi Hadiahkan Kepada Teman Lelaki