in

“Beli RM200 je, jual RM20,000” – Tak Sangka! Mangkuk Yang Biasa Diguna Isi Lauk Rupanya Mahal, Netizen Mula Pamerkan Koleksi

Untitled Design 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah jadi kebiasaan, kaum ibu kebanyakan mereka suka menyimpan pinggan mangkuk pelbagai jenama seperti CorningWare, Pyrex dan Noritake sampai almari penuhlah. Tapi sebenarnya hobi ni bukan satu perkara yang sia-sia.

Mana taknya, dikhabarkan baru-baru ini set pinggan mangkuk CorningWare yang dulu dibeli ratusan ringgit kalau pergi Langkawi kini dah cecah puluhan ribu ringgit, lapor Harian Metro.


Mahal6

Mangkuk letak lauk dengan ala-ala gaya 1970-an itu menjadi buruan pengumpul koleksi hingga sanggup keluarkan duit yang banyak.

Barang ini dikatakan rare kerana, beberapa barang CorningWare bercorak yang tidak banyak dihasilkan berjaya dijual menerusi eBay dengan harga USD7,000 (RM28,000).

Kenapa dulu harganya murah? Sebenarnya barang di anggap tidak popular waktu ia dilancarkan sekitar tahun 1970.

Tapi sekarang memang menjadi buruan orang, setiap corak bunganya mempunyai nilai tersendiri.

Daripada terbiar berhabuk dalam almari baik korang jual dekat pengumpul yang serius.

Berita tentang perkara ini membuatkan ramai netizen turut mempamerkan mangkuk yang mereka ada di sosial media.

Bukan setakat jenama CorningWare, macam-macam jenama lagi ada. Aduh….

Mahal1

Mahal2

Mahal3

Mahal4

Perkara ini bukan sahaja membawa kegembiraan pada netizen, malah ada setengah individu risau barang kesayangan mereka akan dijual.

Mahal5

Ok min nak nak kemas rumah, nak cari mana tahu ada lagi mangkuk macam ni tersorok.

 

Baca: “Kalau aku RM89 pun dah rasa mahal” – Baru 11 Tahun Tapi Produk Skincare Dah Cecah Ribuan Ringgit

Annotation 2020 05 15 150830

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.