in

#Belanjawan2020: DISKAUN 18% Untuk Semua di Tol Lebuh Raya PLUS!

Diskaun Tol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui pembetangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, rakyat kini boleh nikmati diskaun sebanyak 18 peratus secara purata.


Menurut Awani, diskaun itu sah di semua lebuh raya milik PLUS Malaysia Berhad berkuatkuasa 2020 akan datang.

Kata Guan Eng, langkah ini akan beri penjimataan kepada pengguna lebuh raya tersebut sehingga RM1,130 juta pada tahun 2020, dan RM43 bilion sepanjang baki tempoh konsesi sehingga 2038.

Tol
sumber: twitter
Tol1
gambar hiasan

Kerajaan juga akan mempertimbangkan semua cadangan termasuk daripada Khazanah Nasional Berhad untuk ambil alih atau melupuskan semua saham PLUS Malaysia Berhad.

Cadangan yang diterima hendaklah memberi impak positif fiskal dan tidak meningkatkan beban hutang dan bayaran khidmat hutang kerajaan.”

Kerajaan juga akan mengambil alih empat lebuh raya Lembah Klang iaitu:

  1. Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
  2. Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP)
  3. Lebuh Raya Sprint (SPRINT)
  4. Terowong SMART (SMART)
Tol2
gambar hiasan

Konsesi sedia ada tidak akan dilanjutkan dan akan tamat mengikut perjanjian konsesi sedia ada.”

Pengambilalihan lebuh raya ini tidak akan membebankan kerajaan kerana kos pembiayaan, operasi dan penyelenggaraan.”

Untuk menampung kos terbabit, caj kesesakan ketika waktu puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30 peratus berbanding kadar tol semasa serta percuma ketika bukan waktu puncak.

Ini akan menjimatkan pengguna lebuh raya sehingga RM180 juta setahun, atau RM2 bilion sehingga akhir hayat konsesi.”

Baca: #Belanjawan2020: Kerajaan Naikkan Gaji Minimum Kepada RM1,200 Tapi…

Belanjawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.