in

Bekas Setiausaha Peribadi Syed Saddiq Dakwa Dikasari Oleh Pegawai SPRM

Ft Bekas Setiausaha Ss Didakwa Dikasari Sprm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas setiausaha peribadi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau telah dikasari dan diugut oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) saat siasatan dijalankan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu pada 3 tahun lalu.


Menurut Kosmo! Online hari ini, Siti Nurul Hidayah, 27 memaklumkan bahawa, perbuatan mereka itu telah menyebabkan membuat laporan polis dan mengatakan sidang akhbar media berkaitan kejadian itu.

Sprm Dakwaan

Katanya, beliau dihubungi oleh seorang pegawai yang bernama Mohd. Ihsan Sapuan untuk memberikan keterangan di ibu pejabat saat siasatan SPRM terhadap Syed Saddiq dimulakan. Kata Nurul Hidayah yang merupakan saksi keempat dalam empat tuduhan kes terhadap Syed Saddiq  itu, Mohd. Ihsan memperkenalkan diri sebagai pegawai penyiasat yang terlibat dalam siasatan.

“Dalam siasatan tersebut, saya telah diugut dan dikasari oleh pegawai-pegawai yang melakukan siasatan terhadap saya, lanjutan itu saya telah membuat laporan polis dan mengadakan sidang media mengenainya.”

Sebelum ini, Ahli Parlimen Muar itu ada mendedahkan ketika perbicaraan berlangsung dengan menyatakan bahawa pendakwaan terhadapnya bermotifkan politik dendam manakala beberapa sahabatnya diugut oleh pegawai SPRM ketika siasatan dijalankan.

Syed Saddiq turut menjelasan bahawa, sahabatnya yang juga merupakan ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) diugut supaya memberikan kenyataan mengikut kehendak SPRM.

Screenshot 2023 03 13 175303

Semasa membacakan pertanyaan saksi,  Siti Nurul Hidayah berkata yang beliau mengenali Syed Saddiq melalui satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Challenger dan selanjutnya berkhidmat sebagai setiausaha peribadinya ketika beliau menjadi ahli Bersatu pada 2016.

Katanya, tugasnya adalah menguruskan jadual dan  mengambil gambar serta video ketika Syed Saddiq sedang bertugas untuk dikongsikan ke media sosial. Beliau menganggotai ‘Team Syed Saddiq’ yang ditubuhkan pada tahun 2018 dengan bertujuan untuk membantu Syed Saddiq melaksanakan kempen pilihan raya.

Tambah beliau,  sepanjang tempoh 10 program untuk mempromosikan diri di PRU14, Syed Saddiq menggunakan wangnya sendiri tanpa bantuan kewangan daripada Armada mahupun Bersatu.

Baca : ‘Ini overreacting” – Syed Saddiq Persoal Tindakan Polis Tahan Dua Pelajar Maki Soalan SPM

Syed Saddiq Pelajar Maki Spm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.