in

Bekas Pengarah Pusat Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat, Percaya Covid-19 ‘Terlepas’ Dari Makmal Di Wuhan

Fi Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui wabak Covid-19 telah berada di Malaysia sejak kes positif pertama di negara ini dilaporkan berlaku pada 25 Januari 2020. Dipercayai juga bahawa virus ini dikatakan bawaan oleh kelawar.


Namun kenyataan terbaru didedahkan oleh bekas Bekas pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) Robert Redfield, percaya koronavirus yang menyebabkan pandemik Covid-19 ni mungkin terlepas dari sebuah makmal di Wuhan China, walau bagaimanapun perkara ini masih tidak didedahkan kepada umum.

Covid 1

Dia juga memberitahu bahawa ini merupakan perkara luar biasa bila ada kejadian seperti ini berlaku.

“Saya masih fikir kemungkinan besar asal-usul patogen di Wuhan ini berasal dari sebuah makmal, anda tahu, terlepas,” kata Robert Redfield, yang pernah mengetuai CDC di bawah kerajaan pimpinan Donald Trump, dalam wawancara dengan CNN.

“Ia bukan luar biasa untuk patogen pernafasan yang dikaji dalam makmal menjangkiti pekerja makmal.”

Redfield turut berkata, beliau fikir tidak mungkin penyakit itu berasal daripada kelawar seperti ramai percaya sebab ia jadi begitu pantas. Selain itu juga sebab ia menjadi sebuah virus yang begitu mudah untuk berjangkit dalam sejarah, tapi dia tak maksudkan juga bahawa virus ini sengaja dilepaskan.

 

Punca dari makmal

Baru-baru ini juga bekas setiausaha negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berkata ada ‘sejumlah bukti’ menunjukkan virus itu datang dari sebuah makmal, bagaimanapun beliau tidak menunjukkan bukti itu.

Menurut sumber, Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS, Anthony FaucI pula menyatakan bahawa kebanyakan pegawai kesihatan awam memang tak setuju dengan teori makmal China itu.
Covid 2

Tambahnya lagi, ramai percaya virus itu sedang berkeliaran selama sebulan atau lebih sebelum ia dikenal pasti secara klinikal di China. Ketika itu ia tengah menyesuaikan diri kepada penularan lebih efisien antara manusia.

Dalam makluman lain, Pertubuhan Kesihatan Sedunia dijangka mengeluarkan laporan berhubung siasatan ke atas punca Covid-19 tak lama lagi.

Sumber: Kisah Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.