in

Bekas Pelakon Superman Dan Batman Bakal Masuk MCU, Kemunculan Pertama Dalam Doctor Strange 2?

Cover 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa tahun kebelakangan ini, berlaku pergolakan dalam DC Comic. Banyak perubahan yang dibawa, sehingga mereka kehilangan beberapa pelakon utama.



Difahamkan, Ben Affleck sudah mengesahkan dia tidak akan kekal sebagai Batman, dan masih lagi tiada berita jika Henry Cavill akan terus membawa watak sebagai Superman.

Fjt0Igtxmaqdvv2

Ekoran pergolakan ini, timbul desas-desus bahawa kedua-dua Ben Affleck dan Henry Cavill akan masuk ke dalam keluarga Marvel Cinematic Universe (MCU).

Meskipun ia hanyalah gosip dan tiada maklumat rasmi mengenainya, namun khabar angin ini datang dari sumber yang boleh dipercayai.

Multiverse bakal jadi kemunculan Ben Affleck dan Henry Cavill ke dalam dunia Marvel?

Menurut laporan MyTimeToShine yang terkenal dengan memberi maklumat bocor mengenai filem Marvel, Marvel Studios akan menampilkan kedua-dua Ben Affleck dan Henry Cavill di dalam filem mereka pada akan datang.

Di samping itu, butiran mengenai bagaimana kedua-dua pelakon sensasi ini akan tiba di dalam dunia Marvel juga telah didedahkan.

Menurut sumber, Marvel bakal memberi Ben Affleck untuk memainkan watak sebagai Daredevil, sebagai sebahagian daripada Multiverse. Menurut sumber lain pula, pelakon tersebut tidak menolak penyertaannya dalam Secret Wars.

Buat Henry Cavill pula, dia dikatakan akan membawa watak yang masih belum diperkenalkan dalam dunia Marvel, Captain Britain.

Henry Cavill Captain Britain Fan Art

Meskipun ia sudah disebut secara ringkas oleh Peggy Carter dalam Avengers: Endgame, masih tiada berita rasmi mengenai penyertaan pelakon ini dalam mana-mana projek.

Masih awal untuk mengetahui ke mana haluan yang bakal dibawa oleh kedua-dua pelakon yang pernah membawa watak Superman dan Batman ini.

Apa yang pasti, Marvel Studios telah memberi komitmen yang besar kepada Multiverse, jadi tidak mustahil jika kedua-dua pelakon ini bakal muncul di dalam keluarga MCU.

 

Kredit: CodeList

BACA: 7 Orang Pelakon Ini Rupanya Hampir Pegang Watak Utama Dalam Siri Filem Marvel. Nombor 7 Paling Tak Sangka!

Capture 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.