in

Bedak Johnson & Johnson Punca Kanser Ovari

Image 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bedak Johnson & Johnson memang popular di seluruh negara. Boleh dikatakan, majoriti daripada kita semua membesar dengan bedak Johnson & Johnson ni. Mana taknya, bedak ni bila kita guna, satu rumah boleh bau. Kannnn.. 


Namun menurut Mstar baru-baru ini, bedak Johnson & Johnson jadi antara salah satu punca kepada kanser ovari. Seriously? Syarikat gergasi tersebut diperintahkan untuk bayar lebih daripada RM18.6 bilion kepada 22 wanita yang mendakwa bedak tersebut menyebabkan dorang mengalami kanser.

Johnson Johnson
sumber: blog

Perintah itu dah dikeluarkan oleh hakim dekat Amerika Syarikat, dan syarikat itu jugak dikaitkan dengan 9,000 kes yang serupa. WHATTT? Menurut salah satu mangsa, bedak yang dikeluarkan oleh syarikat ni mengandungi asbestos tapi pihak dorang ni langsung tak bagi apa-apa amaran dekat pengguna.

Peguam kepada mangsa, Mark Lanier, meminta untuk produk Johnson & Johnson ni dikeluarkan daripada pasaran sebelum mengakibatkan penyakit yang lebih teruk.

Jika Johnson & Johnson berkeras untuk jual bedak mereka, mereka perlu paparkan tanda amaran.”

Img 5729
sumber: blog

Khamis lalu, perintah tersebut diumumkan oleh Mahkamah Litar City of St. Louis dan dilaporkan perintah bayaran sebagai wang pampasan sebanyak RM2.2 bilion, manakala RM16.75 bilion pulak sebagai ganti rugi. Banyak weiiii….

Kesemua mangsa dan keluarga memaklumkan bahawa dorang dah gunakan bedak tersebut sejak berdekad lamanya. Mereka mendakwa syarikat tu dah tahu yang bedak keluaran dorang ada bahan tercemar sejak sekurang-kurangnya pada tahun 1970-an lagi, tapi gagal bagi amaran kepada pengguna mengenai risiko tersebut. Sejak 70-an? Dah lama kot tahu!!!

Harap syarikat yang keluarkan produk untuk pengguna dekat luar sana ambil serius tentang ini. Kalau ada apa-apa bahan tercemar, WAJIB inform pengguna. Kalau ada yang menyebabkan kematian, tak pasal-pasal lagi rumit cerita dia..

Nak pakai bedak apa pulak kita lepas ni?

Baca: Dah Kenapa Bagi Baby Pakai Korset?

Capture 10

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.