in

“Beberapa DNA lelaki tak dikenali” – Selepas 12 Tahun, Siasatan Kematian Wan Ahmad Faris Ada Petunjuk Baru

syaz ft 2026 01 15T152151.366

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ingat lagi kes hiba yang menimpa seorang pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman pada tahun 2013 dulu? Selepas 12 tahun kes ini berlalu, nampaknya perjuangan si ibu untuk mencari kebenaran akhirnya menampakkan sinar baharu.

Baru-baru ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mendedahkan bahawa siasatan semula PDRM mendapati ada profil DNA beberapa lelaki tidak dikenali ditemui pada barang kes (eksibit) penting.


Artikel berkaitan: Lepas Zara, Keluarga Wan Ahmad Faris Pula Tuntut Keadilan, Ini Kronologi Penuh Perjuangan Mereka

Artikel berkaitan: Buli Asrama ‘Rampas’ Kepercayaan Keluarga Pelajar

Menurut beliau, kertas siasatan kini telah diteliti dan pihak polis sedang gigih membuat perbandingan DNA tersebut dengan individu-individu yang terlibat dalam kejadian itu.

“Setelah disemak, terdapat isu wujud DNA beberapa lelaki yang tidak dikenali ditemui pada satu eksibit penting.

PDRM kini dalam proses membuat perbandingan dengan semua individu yang terbabit dalam kejadian ini pada 2013,” katanya.

Bukan itu sahaja, sebanyak 42 sampel darah telah diambil untuk laporan kimia bagi tujuan perbandingan lanjut.

Berita ini sudah pastinya meruntun jiwa ibu mangsa, Ruhani Hussin, 71, yang selama 12 tahun tidak pernah berputus asa turun naik mahkamah demi menuntut keadilan buat anaknya yang ditemui mati di tandas asrama sebuah maahad tahfiz di Kok Lanas, Kelantan itu.

“Allahuakbar. Alhamdulillah. Perjuangan saya selama 12 tahun demi mencari kebenaran di sebalik kematian tragik anak saya, akhirnya tidak sia-sia.

Saya terkedu… hilang kata-kata apabila dimaklumkan siasatan polis menemukan DNA beberapa lelaki,” rintihnya.

Beliau juga berharap sangat agar pelaku sebenar dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.