in

“B*doh piang…” – Ikut Geng Mat Motor Kejut Sahur, Gadis Tayang Bra Sepanjang Jalan

Bra Jee E1650167292460

Bulan Ramadan bulan yang suci ni telah dicemarkan dengan perlakuan anak-anak muda yang berperangai tidak senonoh. Video menunjukkan sekumpulan geng motor membuat rondaan di kawasan perumahan viral di media sosial.

Menurut Tribun, kumpulan itu sebenarnya buat rondaan untuk kejut penduduk setempat bangun sahur. Tapi tindakan seorang gadis yang sertai geng tu memang tidak senonoh dan tak boleh diterima.

Dalam video yang tersebar tu, korang boleh nampak kumpulan tu tengah tunggang motor dengan ada yang membonceng sambil berdiri. Mereka boleh didengari menjerit dan buat bising sambil buat rondaan tu.

Tapi, tidak semena-mena seorang gadis yang membonceng sebuah motor ditunggang lelaki, membuka baju dia dan hanya memakai bra sepanjang jalan!

Bbb

Bbbb
sumber: facebook

Kejadian yang berlaku dekat Berau, Kalimantan Timur, Indonesia ni buat ramai orang terkejut lepas video tu viral di internet. Video tersebut mula tersebar di Whatsapp dan sekarang dah ramai orang share dekat Facebook juga.

Masyarakat di Berau begitu marah dan kecewa dengan apa yang dorang dah buat kerana walaupun mempunyai niat baik untuk kejut orang bangun sahur, tapi cara tu yang salah. Agus, penduduk Berau berkata,

Ini bulan suci Ramadan, seharusnya saling menghargai, bukan dimanfaatkan dengan hal yang tidak sepatutnya.”

Tayang Bra1
sumber: facebook

Penduduk sepakat meminta bantuan pihak polis untuk pantau kegiatan kumpulan mat motor ni semua sebab mereka malu jika perbuatan gadis tersebut berulang lagi.

Mereka juga berpesan dekat ibu bapa supaya pantau kegiatan anak-anak, lebih-lebih lagi yang masih bersekolah kerana kegiatan sebegitu telah menimbulkan keresahan masyarakat di sana.

Kalau nak kejut sahur pun bukan dengan terpekik terlolong macam tu oiii!

Baca: “Drum major dia paling sempoi..” – [VIDEO] Emak-Emak Berpancaragam Guna Kuali, Periuk Dan Bekas Air.

Featured 2