in

Ibu Lahirkan Bayi Kembar Atas Bot Masa Dalam Perjalanan Ke Hospital

Ft Bersalin Atas Bot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

18 Januari lepas, satu kejadian tidak diduga di Batu Caves apabila ada wanita melahirkan anak di dalam kereta ketika perjalanan ke hospital.


Tanpa diduga perkara yang lebih kurang sama pada beberapa hari sebelumnya berlaku apabila Jabatan Kesihatan Negeri Perak ada seorang ibu melahirkan bayi kembar di atas bot ketika dalam perjalanan ke hospital.

 

Dikesan sakit bersalin masa buat lawatan

Menurut sumber, kejadian melahirkan anak itu berlaku semasa anggota kesihatan Klinik Pos Kemar yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan, Jururawat Masyarakat dan Penolong Perawatan Kesihatan sewaktu usaha membawa berumur 31 tahun dengan usia kandungan 35 minggu itu ke Hospital Gerik.

271639097 257379659845606 5261817823744456293 N 271852212 257379676512271 18952100591064852 N

“Dia dikesan mengalami sakit bersalin oleh Jururawat Masyarakat yang membuat lawatan ke rumahnya.” 

Dengan tindakan pantas anggota kesihatan, ibu tersebut selamat melahirkan bayi kembar dengan berat 2.4 Kg dan 1.3 Kg. Kesemua mereka telah dirujuk ke HRPB bagi menjalani rawatan susulan.

1419824

Menerusi Sinar Harian, salah seorang jururawat Nur Shaffriza Mohd Shaffril, 34, menceritakan bahawa kejadian itu berlaku pada 15 Januari lalu sekitar jam 11.20 pagi.  Akui sudah terbiasa dengan menyambut kelahiran bayi, kali ini agak berbeza kerana ia dilakukan ketika bot sedang bergerak.

“Meskipun berasa cemas, kami bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar. Ibu bayi itu mengadu sakit mahu bersalin ketika lawatan jururawat masyarakat ke rumahnya.”

 

Baca : “Humanity comes first” – [VIDEO] Respect! Tindakan Aunties India Bantu Ibu Lahirkan Anak Dalam Kereta Dipuji

Page Bersalin

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.