Pada tarikh 23 dan 24 Februari lepas, artis terkenal pada zaman childhood untuk mereka yang lahir pada tahun 90-an, Westlife telah melangsungkan konsert di Axiata Arena.
Dengan harga tiket yang agak mahal, pastinya ramai yang teruja untuk melihat suasana lokasi konsert itu selain daripada menyaksikan idola mereka beraksi di atas pentas.
Namun begitu, salah seorang peminat hadir di konsert yang dikenali sebagai Joseph meluahkan rasa kecewa terhadap situasi di bahagian penonton.
Konsert ala PPV
Berdasarkan perkongsiannya di TikTok 2 hari lepas yang telah meraih 1 juta jumlah tontonan, Joseph mengatakan bahawa dia telah membeli tiket konsert tersebut berharga RM 884.
Namun bila sampai di lokasi konsert tersebut, dia menyamakan tempat duduk penonton itu seperti berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Bukan itu sahaja, individu ini juga melabelkan tempat duduk di konsert tersebut seperti berada di majlis kenduri kahwin dan juga pusat jagaan warga emas. Dia juga mempertikaikan penganjur konsert tersebut.
“Westlife, jangan lah kembali ke Malaysia. Tak payah lah organise concert pape dah. Sekian terima kasih.”
Dalam pada itu, ada juga membandingkan situasi itu dengan konsert di negara lain yang juga menggunakan kerusi yang lebih kurang sama, kecuali di US.
did they know even Korea and Thailand use chair like this 😭😭😭 US punya kerusi tu jelah mcm better sikit but lebih kurang 😭
pic 1. Westlife Concert in Malaysia
pic 2. Seventeen Caratland in Korea
pic 3. Golden Disc Award in Thailand
pic 4. Permission to Dance in Las Vegas, US pic.twitter.com/Wo7buwQ4E4— bee on the street ❤️🩹 (@nabihahashim) February 24, 2023
Dah lah tak boleh ambil gambar dan video – Netizen
Ramai netizen di ruangan komen bersetuju dengan pendapat mereka, kecewa dengan penganjur konsert yang dikatakan bukan kali pertama menganjurkan konsert yang agak mengecewakan, malah ada juga terkilan kerana tidak dapat merakam gambar serta video.
Hurm, apapun min harap penonton semua enjoy menyaksikan konsert Westlife minggu lepas.
Baca : [VIDEO] Individu Bengang Bayar Mahal-Mahal, Dakwa Tak Boleh ‘Record’ Masa Konsert Westlife