in

“Bawa dia ke Malaysia supaya bisa belajar agama” – Rakan Pendakwah Indonesia Dedah Tujuan UEL Bawa Mondy

Ft Pendakwah Indonesia Jelaskan Pasal Isu Uel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew (UEL) nampaknya sekali lagi terpalit dengan kontroversi susulan dengan video tular yang menunjukkan dirinya ingin membimbing seorang wanita bertatu.


Isu jadi lebih hangat apabila UEL telah membawa wanita itu, Mondy ke Malaysia. Perkara ini mula menjadi buah mulut netizen susulan dengan pendedahan netizen di Twitter mengenai personaliti wanita tersebut. Bermula dari situ kecaman demi kecaman dilemparkan kepada UEL.

“Ya memang dia viral di Indonesia tetapi”

Susulan dengan kecaman itu, seorang pendakwah dari Indonesia Derry Sulaiman tampil memberikan respon untuk menafikan segala tuduhan yang melibatkan Ebit dan Mondy.

Menerusi satu sesi live, Derry menyatakan bahawa memang Mondy seorang wanita yang viral di negara tersebut. Tetapi dia tahu bagaimana kehidupan Mondy.

“Teman-teman di Malaysia, dengarkan baik-baik. Saya orang Indonesia, saya tahu bagaimana kehidupan Mondy. Sebelum berjumpa dengan Ebit, ya memang dia viral di Indonesia tetapi mereka tidak support dia. Kita fikir bagaimana hari-hari dia.”

“Justeru, Ebit lah yang Allah hantar dari Malaysia yang mengambil berat tentang Mondy. Perjumpaan mereka di mana Mondy tidur di tepi jalan bukanlah dirancang seperti yang didakwa. Saya tahu, Allahuakbar.”

@chaatwin32

Bersangka baik jelah..mngkin ebit lew nk bawk dye ke jalan allah..doa yg baik2..insyaallah #fypdongggggggg #masukberandafyp #ustazebitlew #mondytatto #fypシ゚viral🖤tiktok #ustazderrysulaiman #fypシ゚viraltiktok

♬ original sound – 𝓝𝓲𝓬𝓱𝓪𝓪 🌸𝓐𝓻𝓲𝓪𝓷𝓲🦋 – 𝓝𝓲𝓬𝓱𝓪𝓪 🌸𝓐𝓻𝓲𝓪𝓷𝓲🦋

Dalam pada itu, Derry juga memohon orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang fitnah kepada Mondy. Malah, Derry juga menjelaskan tujuan dan niat Ebit Lew bawa Mondy ke Malaysia.

“Mondy ke Malaysia memang Ustaz Ebit punya idea, supaya dapat jaga dia daripada lingkungan yang merosakkan dia, supaya di Malaysia bisa belajar agama, di Malaysia dapat bisa berusaha dan dapat memperbaikkan ekonomi, ya begitu.”

Derry juga sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa mungkin Mondy boleh bertemu jodoh dengan orang Malaysia yang soleh. Malah Ustaz Ebit Lew juga membalas kenyataan Derry dengan menjelaskan bahawa Mondy mendapat bimbingan daripada isterinya setiap hari.

Baca : “Jauh sikit ustaz dekat sangat tu” – Duduk Rapat Dengan Mondy Masa Live, Netizen Tegur Ebit Lew

Ebit Dan Mondy Duduk Rapat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.