in

Bawa Daging Mentah, Pemuda Kongsi Detik Seram ‘Diperhatikan’ Masa Solo Camping

Ft Daging Mentah Camping

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang suka bercamping, pasti akan familiar dengan pantang larang jika ingin masuk ke dalam hutan, antaranya adalah tidak membawa daging-daging mentah untuk elak daripada terkena sebarang gangguan.


Jadi, dalam video yang dikongsikan oleh @pjero_life ini ternyata membuatkan pemuda ini rasa menyesal kerana tidak ikut pantang larang tersebut.

Artikel berkaitan : “Ada yang masih degil” – Polis Johor Beri Amaran Pada ‘Kaki Camping’

Artikel berkaitan : “Lain macam betul tips dia!” – Ramai Setuju Idea Tak Nak Bagi Orang Bising Masa Camping

Lelaki ini mendakwa ini adalah pertama kali perkara yang menyeramkan itu berlaku kepadanya ketika sedang berseorangan di tepi pantai.

Dia merasakan bahawa dia telah diperhatikan oleh sesuatu dengan jarak dekat, rasa meremang itu makin terasa sampaikan bila terdengar bunyi air pun dia jadi terkejut.

Sampai ke satu masa, dia mula terbau hanyir yang begitu kuat, disebabkan itu dia segera membakar daging mentah yang dia telah balut dengan aluminium foil itu dan rasa ‘gerun’ diperhatikan itu semakin menghilang.

@pjero_life

Replying to @MR_AHCHAI antara kisah seram yg sy alami #pajerolife #4×4 #suv #camping

♬ Suara Seram Sangat Mencekam – wie4yu

Biasanya kalau kita diperhatikan, pasti kita boleh rasainya….

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama mereka alami, semuanya berkaitan dengan membawa daging mentah ke dalam hutan.

Screenshot 2024 04 30 121700 Screenshot 2024 04 30 121848 Screenshot 2024 04 30 121919

Sebenarnya min pun baru tahu yang tak boleh bawa daging mentah masuk hutan.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.