in

“Batal lesen2 syarikat kurang ajar ni” – Pasang Jalur Gemilang Terbalik Bulan Kemerdekaan, Ada Agenda Tersembunyi?

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lagi, negara kita bakal menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 62 tahun. Bila tiba bulan kemerdekaan ini, dekat mana-mana kita pergi, mesti nampak Jalur Gemilang megah berkibar.


Namun, baru-baru ini ada pula cerita tak sedap yang sedang hangat ditularkan di media sosial. Beberapa netizen telah memuatnaik gambar menunjukkan ada segelintir premis perniagaan, rumah dan sekolah memasang bendera Malaysia dalam kedudukan terbalik. Kebetulan?

69019138 2470486413040839 4220230570082304 N 69116609 2470486516374162 3287652509941760000 N 69265655 2470486449707502 3413241940701872128 N 69312366 2470486469707500 2388374843075592192 NHqdefault 1

Macam yang korang boleh tengok dekat atas ni, memang banyak betul tempat yang pasang Jalur Gemilang terbalik. Apa motif mereka sebenarnya?

Semalam, salah satu syarikat dan sebuah sekolah di Pahang yang tular memasang bendera terbalik ini telah pun menjelaskan yang perkara ini terjadi kerana mereka mengupah orang asing yang tak memahami cara memasang bendera berkenaan.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador juga turut menyiasat sekolah dari Pahang tersebut dan mengatakan ia hanyalah kesilapan yang jujur dan bukan bertujuan untuk menghina Jalur Gemilang.

Pun begitu, ramai netizen yang bengang dengan pemasangan bendera terbalik dan merasakan yang syarikat-syarikat tersebut tak mempunyai rasa hormat terhadap Jalur Gemilang.

Flag

Ada kemungkinannya juga sebabkan kerja-kerja macam ni selalu diberikan kepada orang asing untuk pasang, perkara begini boleh berlaku. Tapi, admin rasa, lepasni syarikat-syarikat yang suruh orang asing pasang tu, korang buatlah effort sikit untuk periksa balik, jangan sebab kesalahan tak disengajakan ni kita semua bergaduh sesama sendiri. 

 

Baca: Jurutera Malaysia Kena Soal Siasat Dengan FBI Sebab Jalur Gemilang Disangka Lambang ISIS

Screenshot 2019 08 21 At 9.38.35 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.