Makin susah sebenarnya untuk orang yang beragama Islam ni tinggal kat luar negara. Tambah-tambah lagi kat US sana. Ramai sangat yang ada penyakit Islamophobia (takut dengan Islam) sampai ketakutan dorang tu menyusahkan orang lain! Phew susah nak handle orang macam ni.
Sebab terlampau extreme sangat takut Islam, sorang perempuan ni pegi report kat FBI pasal jurutera Malaysia yang katanya mungkin terlibat dalam kumpulan pengganas ISIS lepas tengok budak ni pegang Jalur Gemilang dan bawak datang kawan-kawan pakai tudung kat satu majlis, lapor The Wichita Eagle. Err? What??
Actually masa kejadian, Munir Zainal, jurutera senior dekat syarikat Spirit ni ada buat majlis makan-makan masa tahun lepas sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan akhir Ramadan. Jadi dia pun sewalah tempat kat Spirit Boeing Employees’ Association (SBEA) yang dekat dengan tasik untuk buat event dia tu.
Semuanya macam okey je sampai esok hari, dia dapat tahu yang dia telah disiasat oleh FBI lepas sorang pekerja SBEA buat complain kononnya dia nampak sekumpulan orang ‘pakai baju Muslim’ dan bawak ‘bendera US dengan simbol ISIS’ kat situ. Aik bendera negara sendiri pun tak leh beza ke??
Jalur Gemilang lah wehh cuba tengok betul-betul!!
Bagi korang yang blur-blur rupa simbol atau bendera ISIS ni macam mana, korang tengok kat bawah. Bendera dorang kaler hitam pastu ada ayat ‘La Illaha Ilallah’ dan bulatan putih yang bertulis ‘Allah Rasul Muhammad’. Ni dia benderanya:
Macam mana pun, siasatan FBI ni dah ditamatkan pada Oktober 2017 tapi masa Januari tahun ni, Munir baru dapat tahu yang membership dia kat SBEA dah digantung. Whaat? Munir yang merupakan seorang India Muslim Malaysia dah tinggal di Wichita sejak tahun 2011 dan telah jadi member persatuan tu sejak tahun 2016 lagi. Ooo dah dekat tujuh dahlah Munir tinggal situ la rupanya…
Tapi mujurlah American Civil Liberties Union (ACLU) dah file kan complaint kat persatuan yang Munir join tu sebab dorang dah discriminate bangsa dan agama dia.
Pegawai Undang-undang ACLU, Lauren Bonds dan Munir yang terlibat dalam kes ni harap benda macam ni takdelah terjadi dekat orang lain yang buat majlis atau gathering sesuatu event berkaitan agama dan bangsa orang tu.
“Dia dalam situasi yang mana dia sedang sambut penutup Ramadan dan Hari Kemerdekaan ke-60 Malaysia, jadi sepatutnya mereka tak ada sebab untuk andaikan apa-apa perkara negatif yang berlaku di tasik SBEA,” kata Lauren.
Lauren jugak explained yang benda macam ni berlaku sebab ada rasa prejudis dan diskriminasi di kalangan orang ramai.
Dalam pada tu, Munir sekarang risau benda ni boleh affect status permanent resident dia di US seperti yang dia sebut dalam samannya.
“Dia (Munir) rasa stress dan dimalukan berdasarkan pengalaman dipulaukan disebabkan bangsa dan agamanya,” kata Lauren lagi.
Sebab tu lah pentingnya kita kena faham budaya orang lain dan jangan main tuduh-tuduh je kalau korang tak faham tentang bangsa atau agama orang tu. Bila kita tak faham tentang budaya orang lain, kita mulalah nak dakwa orang yang tak bersalah macam Munir ni. Kesian!
Harapnya perkara macam ni tak adalah berlaku kat orang lain. Semoga Munir tabah hadapi dugaan.
Baca: Lelaki dari Malaysia Ini Disenarai Pengganas ‘Paling Dikehendaki’ di Amerika Syarikat