in

Baru Tingkatan Lima, Dah Pandai Ugut Nak Sebarkan Gambar-gambar Bogel Lebih 20 Pelajar Perempuan

Screenshot 2019 03 01 At 5.48.24 Pm

Apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni? Makin berani pulak!

Baru-baru ni seorang remaja yang baru berusia 17 tahun ditahan polis kerana berani mengugut hampir 20 pelajar perempuan untuk sebarkan gambar bogel mereka.

Menurut Sin Chew Daily, mangsa-mangsa yang berumur dalam lingkungan 11 – 13 tahun ini berkenalan dengan suspek melalui satu aplikasi sebelum suspek mengugut mereka untuk menghantar gambar bogel.

Mangsa-mangsa ini terpaksa memberikan gambar-gambar bogel mereka selepas suspek mengugut untuk sebarkan gambar bogel kawan-kawan mereka.

1508731160 1507791036 0

Ketua polis Segamat Supt Raub Selamat mendedahkan suspek telah melakukan jenayah ini melalui pelbagai platform online dengan menggunakan pelbagai nama samaran.

Tindakan remaja tingkatan lima ini terbongkar selepas salah seorang mangsa dan bapanya membuat laporan polis pada awal minggu ini dan mendapati ramai lagi pelajar perempuan lain turut menerima nasib yang sama.

Bapa remaja ini berkata pada Sin Chew Daily,

“Seramai enam ke tujuh orang pelajar perempuan telah membuat laporan polis dan lebih dari 10 masih belum. Jumlah kesemua mangsa hampir 20 orang.”

Ibu bapa mangsa-mangsa ini juga telah berjumpa dan memberitahu ibu bapa suspek tentang kelakuan anak mereka. Tapi tak ada apa-apa tindakan dari mereka.

China Press mengatakan remaja ini telah melakukan tindakan berani mati ini pada Disember 2018 dan telah ditahan pada 26 Februari baru-baru ini.

Seram betul bila baca cerita macam ni. Zaman canggih ni, macam-macam boleh jadi.

 

Baca: “Siap sedia bala menimpa” – Pasangan Remaja Kantoi Ditangkap Sedang ‘Projek’ Atas Bumbung Masjid

Screenshot 2019 03 01 At 6.12.58 Pm