in

Baru Seminggu Kahwin, Wanita Dah Dapat Madu – Rupanya Suami Penuhi Hasrat Datuk & Nenek

Nikah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah berpoligami sekali lagi telah menghebohkan media sosial. Kali ini pernikahan ini dilangsungkan oleh pemuda daripada Empat Lawang, Sumatera Selatan. Lapor Suara.com.


“Datuk nenek yang nak”

Pemuda yang bernama Jek, 24 tahun itu berkata, jodoh seseorang hamba Allah tidak ada yang mengetahui dan pernikahannya dengan dua gadis itu juga tidak disengajakan kerana dia hanya mengikut kehendak datuk dan neneknya.

Nikah2 E1631601288633

Jek yang telah berpindah ke Jakarta Barat pulang ke kampung halaman disebabkan situasi pandemik Covid-19 baru-baru ini. Ketika dia pulang, datuk dan neneknya memperkenalkan dia dengan seorang gadis yang bernama Linda, 20.

Keluarga mereka bersetuju untuk diperkenalkan satu sama lain. Sebagai cucu yang baik dengan niat membahagiakan keluarga dia bersetuju mengahwini gadis tersebut. Mereka telah berkahwin pada bulan Ogos yang lalu.

“Jatuh hati dengan orang lain sejak dua bulan lalu”

Meskipun begitu, dia juga mengakui bahawa dia mempunyai gadis pilihan yang baru kenal sejak dua bulan lalu sejak balik ke kampung halamannya itu.

“Saya mengenali gadis tersebut, Vivian ketika tiba di kampung halaman. Saya terlebih dahulu mencintai Vivian dan saya tetap ingin menikahinya kerana rasa cinta yang tulus”

Perkara ini telah diceritakan Jek pada Linda dengan jujur dengan niat tidak mahu berselindung daripadanya. Dia juga memberitahu Linda bahawa dia akan menikahi Vivian meskipun harus bercerai dengan Linda.

Mengetahui perkara itu, isteri pertamanya, Linda akui bahawa cinta Jek pada Vivian sangat tulus dan dia mengikhlaskan dan memberi restu pada Jek untuk menikahi gadis tersebut.

“Gambar tular di media sosial”

Perkahwinan mereka berlangsung selang enam hari sahaja. Ketika perkahwinan Jek dan Vivian, pihak keluarga meminta Linda untuk memakai semula pakaian pengantin.

Nikah E1631601337467

Disebabkan itu, gambar perkahwinan mereka tular di media sosial dengan anggapan bahawa Jek telah menikahi dua gadis dalam satu masa sedangkan jarak perkahwinan mereka adalah satu minggu.

Jek mengakui bahawa dia akan bersikap adil kepada kedua-dua isterinya. Dia juga menegaskan sekali lagi bahawa perkara ini tidak dirancang dan ia bukanlah perkara yang dinantikan sejak awal.

Bagusnya isteri pertama dia, tenang je walaupun suami nak kahwin lagi satu.

Baca: [VIDEO] – Lelaki Singapura Sebijik Macam Kanye West Curi Tumpuan Netizen

Kanye3 E1631601524680

Sumber: Suara.com
Sumber: Suara.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.