Susulan situasi yang semakin membimbangkan berhubung penularan wabak Coronavirus (COVID-19) di seluruh dunia, kerajaan pada Rabu turut membincangkan mengenai larangan sementara pelancong China memasuki negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata bagaimanapun keputusan itu akan diputuskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sekiranya dilihat perlu.
Kita sentiasa membuat pertimbangan dan penilaian berpandukan maklumat dan fakta.”
“Beliau (Wan Azizah) akan umumkan sekiranya terdapat keperluan untuk melaksanakan cadangan tersebut,”
Dr Dzulkefly berkata dalam mesyuarat kabinet pada Rabu itu juga turut membincangkan semua kemungkinan termasuk larangan rakyat China memasuki negara ini sekurang-kurangnya dalam tempoh sebulan, lapor Sinar.
Perbincangan ini disambut baik rakyat namun berpendapat sepatutnya tindakan ini diambil lebih awal bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini.
“Bila Singapore dah keluar amaran, Malaysia baru nak bertindak.Terbaik la…”
Beberapa negara antaranya Australia, Filipina dan Singapura sebelum ini dilaporkan telah membuat sekatan masuk ke atas pelancong China bagi mengelak penularan wabak COVID-19 dalam negara masing-masing.
Admin harap ada berita baik nanti…