in

“Baru keluar kedai terus accident” – Pemilik Kereta Ferrari 488 Terlibat Kemalangan, Hanya Sempat Pandu 3km

2ferrari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemilik sebuah kereta mewah jenis Ferrari terpaksa berputih mata selepas kereta baharu yang dimiliknya itu terlibat dalam kemalangan.

Kereta Ferrari 488 yang baru diambilnya pada hari yang sama itu telah terlibat dalam kemalangan selepas dipandu kira-kira 3 kilometer dari showroom. Menurut laporan Daily Mail UK, kemalangan itu walaubagaimanapun tidak melibatkan kereta lain.


Screenshot 2022 04 02 at 1.46.16 PM

Pihak polis Derby yang bergegas ke tempat kejadian melaporkan kereta itu dalam keadaan teruk namun tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu. Pihak ambulans juga turut hadir ke lokasi kejadian untuk memberikan rawatan.

Pemandu yang memandu kereta mewah berharga kira-kira RM1.8 juta itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius pada tubuh badan.

Screenshot 2022 04 02 at 1.45.41 PM

Kecederaan yang serius mungkin hanya berlaku kepada poket mangsa yang perlu memikirkan kos untuk baikpulih selepas kemalangan itu.

 

Baca: Viral Video Konvoi ‘Sport Car’ Sekat Jalan, Netizen Dakwa Sebenarnya Nak Tahan Pemandu 4×4 Mabuk?

Screenshot 2022 04 02 at 1.48.51 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.