in

“Baru kahwin 6 bulan” – Doktor Bunuh Diri Terjun Bangunan Sebab Terlalu Kecewa Dapat Tahu Suami Rupanya Gay

Kahwin Gay

Seorang wanita berusia 31 tahun dilaporkan membunuh diri selepas mendapat tahu suami yang baru dikahwininya tidak tertarik kepada perempuan atau lebih mudah dipanggil, homoseksual.

Menurut WOB, wanita yang juga seorang doktor itu berasal dari Chongqing, China dan selepas graduasi, dia berjumpa dengan seorang lelaki. Mereka berdua terus jatuh cinta dan lima bulan kemudian, pasangan itu mendirikan rumah tangga.

Malangnya, kebahagiaan itu hanya sementara. Meskipun pada mulanya mereka sangat penyayang antara satu sama lain, tapi tak lama lepas berkahwin lelaki itu minta isterinya tidur di katil berasingan.

Gay1
sumber: wob

Tersinggung dengan permintaan suaminya, wanita tersebut mula fikir bukan-bukan dan menganggap dia tidak pandai mengambil hati suaminya. Disebabkan itu, dia terus tanya di internet tentang hal itu dan beberapa netizen mengesyaki bahawa suaminya itu seorang gay.

Tidak tunggu lama, dia terus soal suami dia tentang status tersebut dan selepas beberapa kali akhirnya lelaki itu mengaku dia adalah biseksual. Ketika itu, lelaki tersebut menangis dan mengaku berkahwin isterinya atas dasar sayang. Dia kemudian meminta maaf dan berharap agar wanita itu dapat menerimanya seperti biasa.

Wanita itu memaafkan suaminya lepas tengok dia menangis dan bersedih kerana pergaduhan serta isu itu. Tapi, tanpa diduga dia terjumpa mesej dari lelaki lain dekat telefon suaminya. Waktu tu, dia sekali lagi bertanya pada suaminya dan kali ini lelaki itu akhirnya mengaku dia adalah seorang gay!

Kerana terlalu kecewa wanita itu terus berpisah dengan suaminya pada malam tersebut. Pada malam yang sama, dia telah terjun bangunan dan disahkan maut serta merta.

Mati
gambar hiasan

Kedua ibu bapa wanita itu percaya kematian anak mereka adalah disebabkan oleh menantu kerana anak mereka ada hubungi dan memberitahu suaminya tidak suka pada wanita dan kerana hanya tertarik kepada kaum lelaki.

Ibu bapa wanita itu kemudian buat keputusan untuk saman lelaki itu kerana menyebabkan kematian anak mereka. Peguam pendakwa berkata mangsa merupakan satu-satunya anak pasangan itu dan baru berkahwin selama 6 bulan.

Dia juga berkata suaminya menyembunyikan status gay tersebut, menipu isterinya sepanjang perkahwinan serta menyebabkan konflik pergaduhan di antara mereka berdua yang membawa kepada kematian mangsa.

Gay2
sumber: wob

Peguam itu kemudian meminta mahkamah agar lelaki itu disaman sebanyak 630,000 Yuan (RM371,000) sebagai ganti rugi atas kematian mangsa. Tapi, mahkamah dilaporkan menolak permintaan itu.

Dekat Malaysia pun pernah ada kes suami tipu isteri dan kahwin hanya sebab nak tutup status gay.

Baca: “Siap jumpa kondom dengan bahan pelincir” – Suami Kena Penjara Sebab Cuba Buat Seks Sejenis Dekat Parti Songsang

Gay Woi