Kes pengasuh dera bayi makin menjadi-jadi nampaknya sejak akhir-akhir ni. Terbaru kali ini melibatkan seorang bayi yang baru dijaga pengasuh tersebut selama dua hari tapi sudah kena cubit dan pukul sampai pipi lebam! Aduh kenapa buat macam tu??
Menerusi perkongsian makcik bayi tersebut bernama Isha di Facebook, dia mula menyedari keadaan anak buahnya itu ketika mengambilnya pulang pada waktu petang.
“Baby tak aktif. Balik dari rumah pukul 5, tidur sampai pukul 9 malam”
Semasa pulang ke rumah, bayi malang tu nampak tak aktif dan tidur dalam masa agak lama. Tak sedap hati tengok keadaan anak buahnya yang lain dari yang lain, Isha terus bawa ke hospital.
“Muka ada kesan-kesan lebam. Baby tak aktif. Balik dari rumah pukul 5 petang, tidur sampai pukul 9. Sampaikan kejut nak bagi minum susu. Allahu, sebabkan nampak macam lain, terus refer pergi hospital,” katanya.
“Allah nak tunjuk dekat puting ada selotape…”
Bila sampai di hospital, agak mengejutkan jugalah bila doktor mengesahkan yang bayi tu memang telah didera dan kesan lebam tu memang akibat kena pukul. Lagi menguatkan dakwaan, puting milik bayi tu pecah dan siap ada selotape lagi! Gilalah…
“Doktor sahkan baby memang kena pukul dengan kesan lebam tu. Allah nak tunjuk dekat puting baby ada selotape. Dah buat report polis, polis suruh pergi balai call dia tak angkat telefon tutup.
“Pergi rumah dia tak mengaku. Cakap lebam sebab kena bedong katanya. Allahu budak besar ini apalah dia tahu. Baru dua bulan. Baru dua hari hantar dah kesan lebam-lebam,” katanya.
Pengasuh akhirnya di tahan!
Walau bagaimanapun, pengasuh yang didakwa tu telah pun ditahan polis di Taman Equine, Serdang untuk bantu siasatan. Malah pihak polis juga mengesahkan yang bayi tersebut telah mengalami ‘soft tissue injury’ di bahagian muka namun tiada kecederaan lain.
Menurut Sinar Harian, suspek yang berusia 22 tahun ni baru jalankan khidmat menjaga bayi selama 4 bulan dan telah menjaga 3 bayi kesemuanya dengan bayaran RM380 dari jam 7 pagi hingga 7 petang.
“Suspek tinggal bersama suaminya bersama seorang anak 3 tahun. Mereka tinggal di sebuah flat berhampiran Equin Park.
“Difahamkan, mangsa baru dihantar dua hari untuk dijaga suspek. Setakat ini tiada pengakuan daripada suspek dan siasatan lanjut diteruskan,” katanya.
Haih tak habis-habis dera anak orang. Tak kesian ke dengan bayi tak bersalah tu??
Baca: Pengasuh Dera Bayi 14 Bulan Sampai Sawan Sebab Ibu Bapa Lewat Bayar Upah