in

“Baru diorang tahu” – Lelaki Cuba Alat Simulator Sakit Senggugut, Ramai Yang ‘Tersungkur’!

Feature 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Senggugut atau period pain adalah tidak asing lagi dalam kalangan wanita yang datang bulan. Sakit bulanan ni bukan biasa-biasa tau, sebab ada sesetengah orang terpaksa ambil MC sebab tak larat nak pergi kerja atau ke sekolah gara-gara sakit ni. Untuk wanita yang tak pernah senggugut ketika haid, memang best betul jadi korang. 


Namun, ada juga sesetengah lelaki yang seperti meremehkan sakit wanita ini. Ada yang kata golongan perempuan ni overacting je kalau kena period pain. Jadi, ada seorang wanita telah mengajak rakan-rakan lelakinya untuk mencuba simulator sakit senggugut.

@official.nilla

So we tried a cramp simulator with our boyfriends ? WAIT FOR IT! ???? #fyp #comedy #explore

♬ original sound – Nilla Allin

Video terbabit telah dikongsikan oleh @official.nilla di Tiktok baru-baru ini. Dalam video terbabit, dapat dilihat yang beberapa orang lelaki yang telah mencuba alat tersebut tak dapat menahan kesakitan.

Period 2

Period 4

Yang kelakarnya, kawan-kawan perempuan Nilla turut mencuba simulator tu namun kesemua mereka tak rasa apa pun. Ada juga antara mereka yang kata sakit senggugut mereka adalah 10 kali lebih sakit berbanding apa yang dirasakan menggunakan alat tu.

Period 5

Rata-rata netizen juga terhibur tengok gelagat lelaki yang tak dapat menahan kesakitan. Ada yang kata alat tu boleh membantu untuk membetulkan persepsi golongan Adam yang berpendapat sakit senggugut ni tak ada apa pun.

Photo6102674801769425989

Sehingga kini, video tersebut telah meraih tontonan sebanyak 6.5 juta kali di platform tersebut manakala di Twitter pula, ia telah mendapat sebanyak 8.3k Retweet daripada netizen (ketika artikel ini ditulis).

Untuk pengetahuan semua, alat tersebut boleh didapati di platform jualan online seperti di Amazon. Boleh lah korang bagi suami atau kawan lelaki korang try jugak. Baru dorang tahu apa yang kita alami setiap bulan kan. 

Sumber: TikTok @official.nilla

Baca: “Baru korang rasa kan” – Isteri Ikat Buah Tembikai Dekat Perut Suami, Supaya Tahu Bagaimana Jadi Wanita Hamil

Period

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.