Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, itu lah perumpamaan yang sangat sepadan diberikan kepada adik Qessya Ramadhania Mohd Shahezan, 7 tahun yang mempunyai kemahiran bersolek persis orang dewasa.
Bakat jurusolek cilik ini mendapat perhatian setelah video yang dikongsikan oleh ibunya, Nurfarah Ardila Othman, 28 tular menerusi akaun TikTok. Boleh tengok hasilnya dibawah ini.
“Acik pun tak pandai makeup” – Netizen
@_mamaqessya Membalas kepada @nadiazawawi1 Episod 2: Makeup Raya Look Koko nude dan seangkatan nya.. komen lh korang nk clour tema warna apa..?? product dr Rosetyara Cosmetics by @ROSETYARA_OFFICIAL @KAKBAB FOUNDER ROSETYARA
Kata ibunya yang bekerja sebagai seorang jurusolek kepada Lobak Merah, Qessya terjebak dalam bidang ini sejak usianya 4 tahun, dan menjelaskan bahawa puteri sulungnya itu memang gemar berdandan.
“Dia dah mula menunjukkan suka kepada barang-barang makeup seperti lipstick, sampai lah umurnya 6 tahun, dia memang suka berdandan.”
Melihat ketekunan anaknya itu, Farah menggunakan peluang ini untuk mengajar cara solekan yang betul dan ternyata ia membuahkan hasil.
“Saya ambil peluang untuk mengajar skill teknik makeup yang betul. Selama beberapa bulan saya mengajar dia untuk makeup ini, makin lama makin baik dan Qessya sudah boleh menguasai jenis-jenis barang yang dipakai.”
Jelas Farah lagi, dengan bakat yang ada pada anaknya itu, Qessya sudah pernah ada klien yang ingin mendapatkan khidmatnya. Malah, Qessya juga kini begitu aktif untuk membuat sesi live di TikTok.
“Hujung minggu cuti sekolah dia akan buat live makeup.”
@_mamaqessya Membalas kepada @mihanx0 mustard boleh juga lah yee… kira halal lah yee .. janji kuning😆😆😆😆 @KAKBAB FOUNDER ROSETYARA @ROSETYARA_OFFICIAL
Bahkan kata Farah kepada Harian Metro sebelum ini, adik dan kakaknya selalu dijadikan ‘mangsa’ untuk adik Qessya ini membuat testimoni.
“Ramai ingat orang yang dia solek itu adalah klien, tapi bukan. Semua itu adalah mak saudara dia iaitu kakak dan adik saya. Malah, bapa dia pun pernah disolek. Saya tak berani lagi nak bagi dia mekap klien. Biarlah dia melalui proses pembelajaran sebab banyak lagi yang boleh diperbaiki.
“Kalau setakat nak mekap adik-beradik dan dalam kalangan keluarga okay saja. Itu pun setiap sesi dia akan ambil masa. Biasalah budak dia ada ‘mood’ sendiri. Kalau dia rasa penat, dia akan rehat dan sambung semula. Saya pun tak ajar dia untuk buat dalam keadaan cepat. Saya nak dia faham betul-betul.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen begitu kagum melihat kemahiran adik Qessya ini, kerana ada orang dewasa mengatakan bahawa mereka sendiri masih belum pandai kuasai kemahiran bersolek seperi mana MUA cilik ini.
Dalam pada itu, ramai juga netizen yang memberikan sokongan moral kepada ibu dan anak dari Setia Alam, Shah Alam ini agar dapat menjadi seorang jurusolek termuka apabila sudah dewasa nanti.
Baca : “Lain terus muka” – Lihat Transformasi Wajah Nenek Ini Lepas Disolek MUA, Auto Muda!